Buletin

PROGRAM PERANTIS MAZDA JANJIKAN MASA DEPAN LEBIH CERAH

Bermaz Motor baru-baru ini menganjurkan majlis konvokesyen untuk 163 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dalam Program Perantis Mazda (MAP) atau turut dikenali sebagai Sekolah Teknikal Mazda.

Graduan tersebut datang daripada beberapa tahap latihan yang berbeza. 51 orang daripada MAP, 15 (Program Badan dan Cat) 69 (Mazda Master Technician) dan baki  28 daripada latihan Penasihat Servis Kanan Master Mazda.

mazda-technical-schools-mekanika-3

Dimulakan pada tahun 2010, pelaburan latihan MAP ini sudah mencecah RM10 juta. Diselia oleh pihak Bermaz Motor sepenuhnya, program pembangunan modal insan ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia, Institute of Motor Industry Awards Limited (IMIAL), UK dan Mazda Motor Corporation.

MAP menggunakan pakai silibus Mekanik Kenderaan Motor yang diluluskan oleh DSD, IMIAL-UK dan Program Master Mazda yang diilhamkan oleh Mazda Motor Corporation Jepun.

mazda-technical-schools-mekanika-4

Semua graduan ini menerima Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3, Pekerja-K), diploma IMIAL-UK dan Mazda Masters tahap F. Mereka juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam program latihan Mazda iaitu Level 1, Level 2 dan Level 3.

Para peserta MAP terdiri daripada lepasan SPM/SPV yang mungkin kurang cemerlang dalam bidang akademik tetapi mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya membaik pulih kenderaan.

mazda-technical-schools-mekanika-2

Apa yang lebih menarik, calon yang terpilih layak menerima biasiswa daripada Bermaz Motor dan diberi jaminan kerja selama sekurang-kurangnya selama tiga tahun. Sepanjang latihan, mereka juga akan diberi elaun bulanan.

Dalam majlis yang sama, Bermaz Motor turut mengumumkan bahawa Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. akan menyokong MAP menerusi sumbangan sebanyak RM50,000 setiap tahun selama lima tahun.

Google ads
Back to top button