Motosikal

HONDA CBF190X – JENTERA TOURING RINGAN BERENJIN KECIL

Nampaknya pasaran untuk motosikal touring dengan enjin bersesaran kecil dan lebih ringan semakin berkembang.

Mendengar kehendak pengguna, pengeluar terkemuka dari Jepun, Honda akhirnya memperkenalkan jentera Honda CBF190X pada acara Pameran Perdagangan Motosikal Antarabangsa China (CIMA) kali ke-14 di Chongqing, China baru-baru ini.

honda-cbf190x-china-mekanika-3

Dikenali sebagai ‘Fight Hawk’ sebagaimana yang tertera pada pelekatnya, CBF190X menyertai barisan model bawah 200cc keluaran Honda seperti CB190R dan CBF190R. Ia dilihat disasarkan kepada segmen motosikal agak premium dengan gayaan adventure dan bukannya sebagai sebuah jentera tourer yang serius.

Maka tidak hairanlah jika penampilannya mengambil inspirasi model sports tourer yang lebih besar. Apa yang pasti ia menarik minat daripada pengguna di pasaran massa.

honda-cbf190x-china-mekanika-1

Ia tampil dengan paruh yang panjang, cowling hadapan dan grab rails yang mantap untuk meletak kotak kargo. Tugas menghentikan jentera itu diserahkan kepada brek cakera yang dipasang pada roda aloi hadapan dan belakang yang hadir dengan kemasan berwarna emas.

CBF190X dikuasakan oleh unit enjin overhead cam tunggal SOHC bersesaran 184cc. Enjin dengan sistem penyejukan cecair itu mampu menjana kuasa mencecah 15bhp @ 11,000rpm dan tork 15Nm @ 7,000rpm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear lima kelajuan.

honda-cbf190x-china-mekanika-5

Jentera itu sudah pasti akan dijual di China. Namun, masih belum pasti sama ada ia ditawarkan di pasaran lain atau sebaliknya. Jika dibawa ke pasaran lain seperti UK atau India, CBF190X bakal bersaing dengan model-model seperti BMW G310 GS atau Suzuki V-Strom 250.

Google ads
Back to top button