Buletin

PROMOSI BALIK KAMPUNG RAYA PROTON

Sempena sambutan Hari Raya tidak lama lagi, Proton mengumumkan promosi istimewa dan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma untuk pemilik kereta Proton.  

Promosi Raya PROTON 1

Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM3,000 bagi model-model 2016 yang terpilih. Selain ansuran bulanan serendah RM367 untuk sebuah Proton Saga.

“Kami telah menjalankan pemeriksaan keselamatan ini selama 3 tahun terturut-turut. Proton sentiasa mengutamakan keselamatan, lebih-lebih lagi semasa musim perayaan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Rohime Shafie.

Proton-Saga-Plus-mekanika (3)

Pemeriksaan keselamatan itu merangkumi sistem brek, suspensi, tayar, bateri, pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin hawa dan banyak lagi.

Proton ada menawarkan pelbagai diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih seperti absorber, brek, klac dan tali sawat pemasaan.

Bukan itu sahaja, Proton akan memberi diskaun khas ke atas kos buruh. Kempen tersebut bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2016 di semua cawangan Proton di seluruh negara.

PUSAT SERVIS PROTON BUKA 7 HARI SEMINGGU

Bagi warga kota yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka, Proton akan berada di beberapa lokasi stesen minyak di seluruh negara seminggu sebelum Hari Raya.

Perkhidmatan ambil dan hantar juga disediakan melibatkan pelanggan di kawasan Lembah Klang seperti Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Petaling Jaya. Keutamaan akan diberikan kepada pelanggan yang telah membuat temu janji terlebih dahulu.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.proton-edar.com.my atau hubungi talian Khidmat Pelanggan Proton: 1-800-888-398.

Google ads
Back to top button