Modifikasi

DATSUN BLUEBIRD 510 ENJIN 50 TAHUN!

Sebenarnya, bintang sebenar kereta olskool dah jadi macam-macam pada hari ini. Padahal, dahulu cuma ada dua atau tiga model sahaja yang diagungkan dalam dunia JDM.

Datsun-510-klasik-mekanika (2)

Datsun Bluebird 510 ialah wakil Datsun/Nissan. Sewaktu awal kemunculan industri kereta di Jepun, Datsun dan Toyota merupakan dua pesaing hebat yang mengenengahkan inovasi dalam teknologi masing-masing.

Bukan itu sahaja. Divisyen pembangunan sukan bermotor juga melahirkan banyak versi trek untuk jualan dan opsyen kepada pembeli yang nak rasa bawa kereta laju sikit daripada biasa.

Coupe dan liftback memang menjadi trending waktu zaman tuk ayah kita dulu. Tapi kalau dibandingkan dengan kereta Ford misalnya, model-model Jepun lagi banyak pilihan.

Datsun-510-klasik-mekanika (3)

Masuk ke zaman GST, 510 bukan saja tidak dilupakan, malah harga jualan untuk kereta ini juga semukin tanpa sedar. Tahukah anda jika ini ialah calon untuk main olskool, sebenarnya anda sedang menempah jalan yang berliku? Mari sini saya nak cerita dari perspektif orang yang tak suka nak susah-susah.

Kereta ini berteknologi 1960-an. Saya tak lahir pun lagi. Teknologi masa itu yang terkesan sekali ialah perawatan casis atau tepatnya besi. Masa itu, kaedah anti karat  tidak digunakan dengan meluas pada kereta-kereta murah. Seperkara lagi, anda ingat jurutera fikir kereta ini orang nak simpan sampai tahun 2015?

Datsun-510-klasik-mekanika (9)

Benda pertama yang sangat perlu dibuat apabila main 510 ialah kumpul dulu alat gantinya. Misalnya getah-getah, pintu, tuil, papan pemuka, suis dan benda-benda kecil yang  lain.

Cara mengumpul yang paling popular ialah beli sebuah kereta yang hanya disimpan untuk skrap kereta satu lagi. Orang putih kata kereta donor. Itu sahaja cara paling menjimatkan kos, pada hal tak jimat mana pun sebenarnya.

Datsun-510-klasik-mekanika (17)

Kereta milik Hayrul Hisyam ini tahun 1968 yang dipasang dengan enjin asal L series. Otai betul enjin ini. Kalau dibandingkan dengan jangka hayat sebuah pesawat jumbo pun cuma 30 tahun. Ini kereta berteknologi kuno yang dah nak masuk 50 tahun!

Tadamasala. Kalau dah nama olskool, rosak sikit-sikit tu memang kena hadap lah. Kereta macam ni bukannya orang pandu hari-hari. Buat melawa je pun.

Datsun-510-klasik-mekanika (1)

Untuk tujuan melawa tadi, bahagian enjin kereta telah dicantikkan apabila bay diwarnakan dengan warna kuning. Pada tahun 1968, kalau kau buat bay warna kuning mungkin boleh kena terajang dengan persatuan 510. Tapi ni tahun 2015, semuanya moden dan berubah ceria.

Enjin asal dikeluarkan terlebih dahulu. Semua alat ganti wear & tear diganti baru. Setiap bahagian terpisah blok, head dan kota gear dicerai dan dibersihkan sampai tak ada satu daki pun. Kemudian bahagian-bahagian ni ditembak dengan warna kuning juga.

Datsun-510-klasik-mekanika (6)

Hos-hos getah yang dah lama mereput digantikan dengan hos buatan silikon Samco Sport. Walaupun ceritanya boleh diterjemah dalam bentuk 1 perenggan, tapi untuk mendapat hasil begini (dan nak maintain kilat) satu cabaran yang besar.

Masalah utama enjin lama ni ialah seal yang tak sebaik enjin moden. Kau jaga macamana pun mesti ada je tempat minyak hitam nak meleleh keluar.

Datsun-510-klasik-mekanika (10)

Lain bahagian menerima treatment kasi kemas dan cantik. Bahagian besi digosok dan dicelup krom. Sementara wayar dikemaskan supaya tak berselerak. Senang main kereta lama ialah dia tak minta performance parts. Apa je yang kau nak pasang pun?

Suspensi. Ya. Untuk dapat kedudukan yang stabil dan cun-cun, kenalah berbelanja bahagian ini di mana Hayrul memasang set TEIN. Tak pula diberitahu daripada model apa. Kelengkapan di bahagian pengendalian disempurnakan dengan rim JILBA RACING jenis 2 pieces 14 X 7 inci. Rim itu kemudiandibalut dengan tayar Yokohama bersaiz 185/60/14.

Datsun-510-klasik-mekanika (11)

Bahagian kosmetik tak diusik pun. Alat ganti OEM kereta oni pun kalau yang elok, boleh berdarah hidung tengok dia punya harga. Kasi maintain ori dan pastikan tak eksiden jangan pecah apa-apa bahagian. Senak hempedu nak cari ganti.

Benda menarik yang dibuat ialah pilih warna yang outstanding. Biru kristal. Sentuhan minima tapi kesan maksima. (macam iklan pencuci lantai bini gua).

Datsun-510-klasik-mekanika (15)

Habis setakat ni. Trend main kereta olskool di Malaysia memang nak lawa saja. Jarang yang berebut nak laju sebab kemampuannya memang takat tu sahaja. Lagi satu, walaupun 510 ni nampak dah cukup cun, nak jaga dia tidak senang juga.

Parking bukannya boleh terdedah selalu. Kalau ada garaj dan selalu check bahagian bawah badan kereta, celah-celah hud belakang insya Allah boleh tahan lama. Kalau setakat balut kanvas simpan, silap-silap tahun depan mereput balik.

Google ads
Back to top button