
PROMOSI “MARI SAMA-SAMA KITA ENJOY” TOYOTA
Bagi meraikan sambutan Kemerdekaan yang ke-59, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota Motor) kini menyediakan tawaran hebat kepada pelanggan di seluruh negara.
Model-model tertentu Toyota akan didatangkan dengan aksesori tanpa sebarang kos tambahan serta rebat tunai sehingga RM8,000. Promosi “Mari Sama-Sama Kita Enjoy” berakhir pada hujung bulan Ogos 2016.
Rebat tunai akan diberikan ke atas varian-varian terpilih Toyota Vios, Toyota Corolla Altis, Toyota Camry Hybrid, Toyota Innova, Toyota Avanza dan Toyota Hilux.
Sila rujuk jadual di bawah:
Model | Promosi “Mari Sama-Sama Kita Enjoy” |
Vios | Rebat tunai sehingga RM7,500 + Aksesori percuma |
Altis | Rebat tunai RM5,500 + Aksesori percuma |
Camry Hybrid | Rebat tunai RM8,000 |
Avanza | Rebat tunai RM1,500 |
Innova | Rebat tunai sehingga RM6,000 + Aksesori percuma |
Hilux | Rebat tunai sehingga RM4,000 |
Bergantung kepada model, aksesori percuma itu melibatkan naik taraf sistem DVD-Audio dengan kamera undur, lampu nyalaan siang, iluminasi pemijak kaki di bahagin hadapan, pam tayar mudah alih, filem perlindungan Toyota Premium, dan perakam video digital.
Semua model yang dikilangkan pada tahun 2016 hadir bersama jaminan selama lima tahun/perbatuan tanpa had (kecuali Hilux – perbatuan maksimum 150,000km).
Jaminan itu boleh dipindahkan kepada pemilik seterusnya jika kenderaan tersebut dijual. Pek bateri Camry Hybrid pula diberi jaminan sehingga lapan tahun.
Sempena Hari kemerdekaan, UMW Toyota Motor turut menganjurkan siri jelajah di tujuh lokasi, termasuk di Sabah dan Sarak bermula 10 hingga 28 Ogos. Perinciannya adalah seperti berikut:
Wilayah | Lokasi | Tarikh |
Tengah | LG, Oval, 1Utama, PJ | 10 – 14 Ogos |
LG, Centre Court, IOI City Mall | 17 – 21 Ogos | |
Utara | Central Square, Sungai Petani | 11 – 14 Ogos |
Selatan | Atrium, Sutera Mall, JB | 12 – 14 Ogos |
Pantai Timur | Centre Court, Mesra Mall, Kertih | 18 – 22 Ogos |
Sabah | Imago Shopping Mall, KK Times Square, KK | 26 – 28 Ogos |
Sarawak | Boulevard Mall, New Wing, Kuching | 19 – 21 Ogos |
Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my atau hubung: 1800-8-TOYOTA (869682).