
SAMURAI VS KUNGFU-KENGO R350: NINJA JADI-JADIAN, LAGI HASIL PLAGIAT CHINA
Motosikal ini sebenarnya telah dilancarkan pada tahun lepas. Namun disebabkan reputasi syarikat Chongqing XGJAO ini memang kelaut, tiada siapa yang sedar keujudannya. Beberapa maklumat berjaya kami kutip dan saya secara peribadi agak terkejut juga kerana mereka mempunyai pengedar sah di Amerika Syarikat.
Eksport paling hampir dari Malaysia ialah Vietnam. Chongqing XGJAO yang merupakan syarikat induk jenama Kengo ini turut menghasilkan skuter, ATV dan dirt bike. Di China, jenama Kengo ini agak popular. Ye lah, populasi 1.3 bilion manusia. Kalau 0.000001 % peratus yang beli pun dah kira boleh buat untung.Sekali imbas, Kengo R350 ni memang saling tak tumpah rupanya seperti Kawasaki Ninja 250. Cuba perhati dengan lebih teliti. Rupabentuk lampu hadapan tangki, lengkuk badan, pelana bertingkat, lampu belakang malah cermin sisinya memang salinan terus dari Ninja. Perhati dengan lebih teliti, anda akan dapati Kengo lebih maju sebab ia dipasangkan dengan garis lampu berteknoogi LED.
BACA – EVOQUE ORI LANGGAR EVOQUE TIPU
BACA – CHINAMAHA R25
Enjin R350 ini juga lebih maju dengan dikuasakan oleh unit 2 selinder DOHC 320cc, sejukan cecair 23.5hp (je?). ia turut dipasangkan dengan tayar lebkh lebar di belakang 150 (berbanding 140 pada Ninja). Selain dari itu, ia adalah sebuah Kengo, nama pun tak sedap nak sebut.
Sebagai sebuah negara konsumer yang berlumba-lumba mengeluarkan produk masing-masing, klon adalah jalan paling mudah. Kami pernah dedahkan R25 klon dari syarikat ini beberapa bulan lepas dan kelmarin berlaku kemalangan kecil yang membabitkan Range Rover Evoque dan “kembarnya” Landwin X7.
Apa lagi yang boleh diharapkan supaya tak klon produk anda? Buat bentuk yang merapu, buruk dan hodoh; agaknya lah
Kredit mzcrazycars