Buletin

TOYOTA COROLLA ALTIS 1.8G – RM119,900

Sejak diperkenalkan pada Januari lalu, jualan Toyota Corolla Altis generasi ke-11 menyaksikan peningkatan jualan sebanyak dua kali ganda berbanding model sebelumnya.  

Toyota-Corolla-Altis-1.8G-2

Bertindak berdasarkan kepada maklum balas daripada pelanggan, UMW Toyota Motor kini memperkenalkan pula varian baharu, Toyota Corolla Altis 1.8G yang akan menggantikan model Altis 2.0G.

Altis 1.8G kini didatangkan dengan pakej  yang lebih lengkap. Melihat ke bahagian luarannya, hendal pintunya menggunakan kemasan krom. Memang tidak terlalu ketara perubahannya.

Print

Namun, apabila masuk ke dalam kabin, tempat duduknya dibalut dengan kulit. Malah, pintunya kini lebih mudah dibuka dengan sistem kemasukan pintar. Sementara enjin boleh dihidupkan dengan hanya menekan satu butang. Pemandu tidak perlu lagi menyalakan atau menutup lampu utama secara manual kerana Altis 1.8G dilengkapi mode Auto pada lampunya.

Meter asal diganti dengan meter Optitron yang lebih jelas dan mewah. Paparan MID pula berfungsi memaparkan maklumat pemanduan kepada pemandu. Bagi meningkatkan lagi kemewahannya, ruang meletak minuman di konsol tengah dan di bahagian kaki dipasang dengan lampu iluminasi.

Toyota-Corolla-Altis-1 (4)

Sistem infotainmen dipertingkat dengan unit utama 2-DIN yang terdiri daripada skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan paparan kamera undur.

Sedan ini dikuasakan oleh unit enjin 1.8 liter Dual VVt-i yang dipadankan dengan kotak gear Super CVT-i tujuh kelajuan.

Toyota-Corolla-Altis-1 (5)

Seperti kebanyakan model yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Altis 1.8G hadir bersama jaminan elama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Sekiranya berminat, Altis 1.8G boleh anda miliki pada harga RM119,900 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button