Buletin

BIMS 2018: TOYOTA REVO ROCCO – VARIAN MEWAH HILUX UNTUK THAILAND, KAMI PUN NAK JUGA

Sebagai sebuah negara yang boleh dikatakan sebagai obses terhadap trak pikap, pengguna di Thailand sentiasa ditawarkan dengan model-model menarik.

Pada acara Bangkok International Motor Show 2018 baru-baru ini, Toyota Thailand ada mempamerkan varian Hilux lebih mewah dikenali sebagai Hilux Revo Rocco. Ia sebenarnya sudahpun berada di pasaran Thailand sejak November 2017.

Melihat Rocco dari dekat, nyata varian itu lebih menarik perhatian. Secara visualnya, trak pikap tersebut menggunakan gril hadapan seperti Toyota Tacoma yang dijual di pasaran Amerika Syarikat

Penampilan agresif Rocco diserlahkan dengan gril besar dan lampu kabus bersama perumah berwarna hitam. Jentera tersebut dibezakan lagi menerusi kemasan bahagian bawah bampar berwarna perak, fender, rim dan cermin sisi dengan perumah yang juga berwarna hitam.

Bahagian belakang pula dipasang dengan sports bar dan pelekat Rocco.

Menjengah ke ruang kabin, varian ini yang ditawarkan dalam bentuk badan Smart Cab dan Double Cab dilengkapi dengan tempat duduk dan stereng dibalut kulit. Selain unit sistem audio yang lebih besar.

Rocco dikuasakan oleh enjin turbo diesel bersesaran 2.8 liter yang mampu menjana 174hp dan tork 420Nm. Ia kemudian dipadankan kotak gear automatik atau manual enam kelajuan, bergantung kepada varian yang dipilih.   

Sebagaimana yang pernah dilaporkan sebelum ini, UMW Toyota Motor baru sahaja melancarkan Hilux L-Edition ke pasaran tempatan. Memang sesuai untuk anda yang mahukan sebuah trak pikap lebih mewah.

BACA: VARIAN MEWAH TOYOTA HILUX, AKSESORI TAMBAHAN UNTUK SIENTA 

GALERI 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button