Buletin

PROTON LANCAR IRIZ DI INDONESIA (RM58,000 DAN RM61,000)

PROTON Holdings Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya di Indonesia, PT PROTON Edar Indonesia (PEI), memperkenalkan secara rasmi Proton Iriz di pusat beli-belah FX Sudirman, Senayan hari ini. Proton Iriz telah dipamerkan di pusat membeli-belah tersebut sejak 16 Februari 2017 akan terus dipamerkan sehingga 22 Februari 2017.

Acara telah dirasmikan oleh Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dengan kehadiran Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, PROTON, Naim Abdul Rahman, Penasihat MATRADE di Kedutaan Malaysia di Indonesia dan Yanuarto Widihandono, Setiausaha Agung Institut Otomotif Indonesia

BACA: PROTON IRIZ EDISI TERHAD

Setelah acara pra-tonton dan pandu uji bersama media diadakan pada Khamis, 9 Februari 2017 di Sentul, Bogor, PEI berasa tertarik untuk memperkenalkan secara rasmi hatchback kompak yang terkini bagi segmen kereta City Car kepada para pengguna di Jakarta dan pada 19 Februari 2017 kepada pelanggan di Makassar, Sulawesi.

Indonesia merupakan negara kedua di luar Malaysia selepas Brunei untuk mengimport kereta bersaiz  menarik dengan ciri-ciri keselamatan yang menyeluruh (fun-in-size, big-on-safety) ini. Lebih menarik lagi, kereta ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang canggih untuk melengkapkan pemanduan dan pengendalian PROTON yang tersendiri. Terdapat dua varian berbeza untuk pasaran Indonesia iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard, masing-masingnya berharga IDR 175, 250,000 (rm58,000) dan IDR 185,283,000 (rm61,000)

“Indonesia merupakan pasaran yang penting untuk PROTON. Bukan sahaja dapat mengekalkan hubungan teguh G2G sebagai ahli-ahli yang mengasaskan pertubuhan ASEAN, tetapi kita juga berkongsi pelbagai persamaan daripada segi budaya, rakyat, bahasa dan keadaan cuaca. Kita serumpun,” tambah Dato’ Fuaad.

“PEI mempunyai sejumlah 25 rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan di Indonesia. Para pelanggan boleh mendekati dan melihat sendiri Proton Iriz di kesemua bilik pameran bermula 20 Februari”.

“Dari segi perkhidmatan selepas jualan, kami mempunyai 24 cawangan pusat servis di lokasi-lokasi strategik sekitar Pulau Jawa, Kalimantan, Sumatera dan Sulawesi, dan 8 buah cawangan terletak sekitar daerah Jabodatek. Semua keperluan penyelenggaraan kereta disediakan kesemua pusat servis kami,” sambung Fuaad.

Sejak kemunculannya di FX Mall pada 16 Februari 2017, orang ramai telah mengambil kesempatan untuk memandu uji unit-unit yang disediakan sehingga 22 Februari 2017. Para pelanggan yang telah memandu uji Proton Iriz semasa kempen pengenalannya di pusat beli belah ini secara langsung layak untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk 2 x Hadiah Utama percutian yang ditanggung sepenuhnya selama 4 hari 3 malam bersama penginapan untuk 2 orang ke Malaysia dan hadiah tunai bernilai IDR1.5 juta (RM500).

Pemenang untuk satu Hadiah Utama telah diumumkan semasa acara pengenalan secara rasmi hari ini sementara pengumuman bagi Hadiah Utama kedua pula akan dibuat pada hari terakhir pameran di FX Mall, pada 22 Februari, dari 7 malam.

Tempahan telah dibuka sejak 16 Februari 2017, bermula dari 10 pagi ke 10 malam setiap hari di pusat membeli-belah FX Mall sehingga 22 Februari 2017. Pengguna juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar di setiap bilik pameran di seluruh Indonesia. Mereka boleh dihubungi melalui laman web Proton Edar Indonesia di www.proton-edar.co.id atau tel: 6221-7392268 ext 213.

BACA: REBAT IRIZ RM4,000 UNTUK UBER DAN GRAB

BACA: MENANGI IRIZ DI KARNIVAL PROTON

 

Google ads
Back to top button