
PROTON LANJUTKAN SERVIS MYTAXI
Ini berita baik buat pemilik teksi Proton. Pengeluar automotif tempatan itu mengambil langkah baharu menerusi program My Taxi.
Program berkenaan membantu pemandu teksi melakukan penyelenggaraan dengan pakej istimewa. Ia ditawarkan di 17 buah cawangan Proton Edar. Antara cawangan yang terlibat ialah Jalan Chan Sow Lin, Puchong Jaya, Larkin, Alor Setar dan Ipoh.
Proton akan menyediakan servis lebih cepat kepada pemandu teksi. Penasihat servis akan dibekalkan dan terdapat juga hari (Ahad) yang dikhususkan setiap minggu dengan memberikan keutamaan servis kepada teksi Proton.
Proton juga memperkenalkan potongan dan promosi istimewa bagi teksi seluruh Malaysia. Promosi yang ditawarkan antaranya potongan harga 25 peratus alat ganti, caj buruh RM35 berbanding harga biasa RM60, keutamaan servis disiapkan dalam dua jam, waranti lanjutan dua tahun 150,000km berbanding 100,000km standard serta jaminan mutu kerja 6 bulan atau 10,000km.