Buletin

SKODA VISION S

Imej luaran Skoda Vision S didedahkan lebih awal sebelum melakukan debut pada Geneva Motor Show 2016.

Skoda-VisionS-concept-mekanika (2)

Menurut Skoda, rekaan model konsep itu hasil inspirasi Czech Cubism dan tradisi seni kristal Bohemian. Difahamkan versi produksi itu adalah lebih besar berbanding Skoda Yeti. Rekaan yang diterapkan pada model konsep itu akan digunakan pada model crossover/SUV masa hadapan.

Skoda Vision S dengan enam kerusi itu akan berevolusi menjadi crossover tujuh tempat duduk pada tahun ini. Pengeluar kenderaan  dari Czech itu mengesahkan versi produksi akan didedahkan pada separuh kedua tahun ini.

Crossover tujuh kerusi itu akan dinamakan sebagai Skoda Kodiak. Ia berasaskan kepada  platform Volkswagen Group MQB (Modularer Querbaukasten atau Modular Transverse Toolkit). Dilaporkan juga akan terdapat versi lima kerusi.

Skoda Kodiak akan ditawarkan dengan pilihan enjin TSI petrol dan TDI diesel di Eropah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button