Buletin

PROTON PANGGIL SEMULA INSPIRA & EXORA CPS 1.6

Proton hari ini memanggil semula model Proton Inspira dan Proton Exora CPS 1.6.   

proton-inspira-mekanika (3)

Pengumuman itu dibuat berikutan kenyataan daripada Mitsubishi Motors Jepun pada 18 Februari 2016 yang menarik balik beberapa model kenderaannya kerana masalah pada suis indikator.

Memandangkan Proton Inspira merupakan produk keluaran Mitsubishi, maka Proton ingin memanggil semula 20,330 unit Proton Inspira yang dikeluarkan dari tahun 2010 sehingga 2014.

PROTON EXORA FACELIFT 2015

Pada masa yang sama, Proton turut menyatakan bahawa Proton Exora CPS 1.6 yang dikeluarkan dari tahun 2009 hingga 2015 (kira-kira 90,000 unit) perlu menjalani pemeriksan pada laluan saluran bahan api di bahagian enjin kenderaan terbabit.

Dengan itu, semua pemilik Proton Inspira dan Exora adalah dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan pusat perkhidmatan yang terdekat bagi pemeriksaan lanjut.

Proton-service-centre-mekanika (2)

Semua kos pekerja dan alat ganti berkaitan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Proton. Pelanggan disarankan untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398 atau e-mel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

Pelanggan boleh melayari laman web: www.proton.com untuk maklumat lanjut atau ke laman mikro www.carinquiry.proton.com bagi mengenalpasti sekiranya kereta anda terlibat dalam pemeriksaan ini, seterusnya membuat temu janji dengan pusat perkhidmatan yang terdekat.

Google ads
Back to top button