Motosikal

BMW G310R – SUDAH TIBA!!!

Lain yang ditunggu, lain pula yang sampai dulu. Ini berita yang baru kami terima.

BMW-310R-arrived-Malaysia-mekanika (5)

Dalam rangka pengenalan model street bike paling kecil BMW, G310R akan dipamerkan di premis Chear Motorrad Puchong pada hujung minggu ini (27/28 Mei 2016).

Untuk anda yang nak melihat dari dekat. Ini lah masa yang paling sesuai, sekurang-kurangnya memberi anda gambaran fizikal sebenar sebelum membuat tempahan.

BMW-310R-arrived-Malaysia-mekanika (4)

Untuk rekod, G310R ialah model dengan enjin paling kecil keluaran BMW Motorrad. Jentera ini merupakan hasil kerjasama dengan syarikat motosikal TVS dari India menerusi model Akula 310.

Di pasaran tempatan, model ini bersaing dalam kelas yang sama dengan Yamaha R25 dan Kawasaki Z350.

BMW-310R-arrived-Malaysia-mekanika (2)

G310R dijana oleh enjin 313cc satu selinder dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan kuasa 34hp dan tork 20.6ft. Ia dipacu oleh kota gear enam kelajuan dan mampu memecut sehingga 144km/j.

Lebih menarik lagi, G310R dipadankan dengan angkup brek 4-piston dan sistem brek anti kunci ABS sebagai peralatan standard. Kepada yang berminat, bolehlah ke premis berikut:

BMW-310R-arrived-Malaysia-mekanika (1)

Chear Motorrad

84, Jalan Suria Puchong 1,
Pusat Perniagaan Suria Puchong,
Puchong, 47100, Selangor

+603 – 8940 1618

Foto: Bangkok International Motor Show 2016

Google ads
Back to top button