Buletin

PROTON PERSONA DILANCAR HARI INI; DARI RM47,000 hingga RM60,000

Masa yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Proton Persona terbaru akhirnya rasmi dilancar hari ini oleh Dato Seri Mustapha Mohamed,  bertempat di Setia Convention Centre Shah Alam.

Setelah melalui pelbagai foto risikan, sesi pandu uji tertutup dengan pihak media serta beberapa teaser pengenalan untuk model penting ini, Proton dengan yakin memperkenalkan Persona baru sekaligus menggantikan model pertama Persona yang telah dikeluarkan sejak 2007 itu.

DSC_5523

Walaupun telah didedahkan beberapa kali dalam sesi berbeza, Proton belum mengumumkan spesifikasi rasmi Persona baru ini. Hari ini, telah diumumkan harga mengikut varian di samping ciri-ciri menarik yang diterapkan pada setiap model.

Kesemuanya varian dilengkapi ciri-ciri berikut;

Enjin                      : 1.6 VVT, 107hp @5750rpm/ 150Nm @ 4,000rpm

Transmisi             : Manual 5 kelajuan / CVT

VSC                        : Kawalan Kestabilan Kenderaan

DSC_5524

STANDARD (RM46,800 MT / 49,800 CVT)

– 2 Beg udara

– 1DIN audio

– Cermin sisi dan pemegang pintu tidak ikut warna badan,

– kerusi salutan fabrik

– tiada lampu kabus depan

EKSEKUTIF (RM55,800 CVT)

–  2 beg udara

–  2DIN audio

–  Cermin sisi dan pemegang pintu ikut warna badan.

–  port USB berkembar

–  lampu kabus depan

–  spoiler pada hood belakang

–  kerusi belakang boleh lipat 60:40

DSC_5527

PREMIUM (RM59,800 CVT)

–  6 beg udara

–  kemasukan tanpa kunci (keyless)

–  cermin sisi bolehlipat

–  pemain 2DIN dengan kamera undur,

–  port USB berkembar

–  lampu kabus depan

–  Spoiler pada hood belakang

–  kerusi belakang boleh lipat 60:40

DSC_5530

PREMIUM SE +BODYKIT (RM60,800)

– Sama seperti spesifikasi PREMIUM

– Dengan tambahan bodykit 2 tona warna

Proton mensasarkan untuk menjual sekitar 3,000 hingga 4,000 unit Persona sebulan. Dengan angka itu, Proton berharap dapat mengusai sehingga 50 peratus TIV untuk sedan segmen B tempatan.

Harus tahu bahawa Persona merupakan sedan dengan enjin berkapasiti 1.6 liter paling murah di pasaran Asia Tenggara.

 

Google ads
Back to top button