Buletin

PROTON PREVE LE + RM400,000

PROTON Holdings Berhad (PROTON) baru-baru ini melancarkan peraduan “Pandu & Menang”. Bermula pada 19 Oktober lalu hingga 17 Disember 2013 (selama 60 hari), ia menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM400,000. 

Pic 1

Anda berpeluang memenangi hadiah harian dan mingguan yang terdiri daripa TV LED 42 inci, gajet dan wang tunai. Sementara pemenang hadiah utama pula bakal memandu pulang sebuah Proton Prevé LE edisi terhad.

Proton Prevé LE ditawarkan pada harga RM79,688 (di atas jalan) di Semenanjung Malaysia. Antara penambahbaikannya termasuklah bodykit baharu, rim aloi R3 bersaiz 17 inci, enam beg udara dan tempat duduk kulit. Hanya 100 unit ditawarkan dan ia didatangkan dalam warna putih solid sahaja.

Rakyat Malaysia atau penduduk tetap yang memiliki IC atau passport yang sah layak untuk menyertai peraduan ini. Anda hanya perlu mengunjungi mana-mana bilik pameran Proton dan isi borang pandu uji.

Peraduan ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, melalui SMS yang memerlukan peserta menjawab dua soalan dengan betul dan paling pantas untuk memenangi hadiah harian.

Pic 2

Kedua, anda perlu mengambil gambar yang kreatif dengan kereta pandu uji Proton dan muat naik ke laman Facebook Proton untuk memenangi hadiah mingguan. Bagaimanapun, hanya peserta peraduan menerusi SMS yang membuat tempahan dan mendaftarkan kenderaan mereka dalam tempoh peraduan layak memenangi hadiah utama berupa sebuah Proton Prevé LE.

Pada majlis yang sama, Proton turut memperkenalkan warna baharu iaitu warna ungu muda (Soft Lilac) untuk Proton Prevé. Disasarkan kepada pembeli wanita, Proton Prevé dengan warna itu sudah boleh ditempah mulai sekarang.

Maklumat lanjut mengenai peraduan “Pandu & Menang” dan Proton Prevé LE, sila kunjungi bbilik pameran Proton yang terdekat atau layari laman web: visitwww.proton.com

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button