Buletin

GST – HARGA KERETA PROTON TURUN 3.25 PERATUS

Berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)  mulai hari ini, Holdings Berhad (Proton) mengumumkan bahawa harga model-model kenderaan keluarannya akan dikurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bergantung kepada varian. 

SONY DSC

Harga baharu di atas jalan itu melibatkan semua model Proton iaitu Saga, Persona, Inspira, Satria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.

“Pengguna kini boleh membeli kereta yang bernilai untuk wang serta telah dipertingkat aspek kualiti dan ciri keselamatannya. Sebagai contoh, anda boleh memiliki sebuah Proton Saga pada harga serendah RM33,242 atau sebuah Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023 sahaja.

GST-Proton-2015-mekanika (3)

“Ini ialah harga di atas jalan dan sudah merangkumi GST,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Sebagai satu-satunya pengeluar kereta sepenuhnya di rantau ini, Proton sentiasa komited untuk berkhidmat kepada negara, terutama dalam mencapai matlamat pelaksanaan GST.

Maklumat lanjut mengenai model-model keluaran Proton, sila layari laman web: www.proton-edar.com.my 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button