Artikel PilihanBuletin

PROTON SAGA, KERETA RAKYAT YANG DIBINA OLEH “JIWA” RAKYAT MALAYSIA

Proton Saga, kereta yang asalnya dibina sebagai pengangkutan murah rakyat Malaysia telah banyak berevolusi menjadikannya model sedan paling “lejen” di Malaysia. Dari model pertama hinggalah generasi ketiga, Saga masih dilihat sebagai ikon kereta rakyat di Malaysia. Lebih kurang macam Vios untuk Toyota.

Apabila model ini dilancarkan tahun lepas, ia menjadi taruhan penting buat Proton yang bergelut dengan perebutan pasaran yang semakin sengit. Memang tak dinafikan walaupun seluruh dunia menyaksikan pasaran sedan semakin menguncup, diganti dengan SUV, Proton perlu bina sebuah legasi lagi untuk Malaysia dan ia masih sebuah sedan. Lebih tepat lagi, sedan yang murah.

BACA: TAHUKAH ANDA SAGA LALUI 3 JUTA KM SEBELUM PRODUKSI?

BACA: PROTON SAGA 2016 DILANCARKAN, PROTON AKAN BANGKIT!

Membina sebuah kereta yang menjadi “harapan” rakyat Malaysia memang susah. Bayangkan kau nak gantikan Saga generasi awal yang memang terkenal dengan lasaknya (terima kasih Mitsubishi), mudah dibaiki dan alatgantinya bersepah. Cari sparepart Saga lebih senang dari membeli pemutar skru.

Berdepan dengan cabaran dari Perodua, Proton masih lagi kekal untuk tidak berkompromi tentang apa yang mereka percaya penting untuk pengguna – pengendalian. Kerana dari pengendalian inilah yang akan membantu aspek keselamatan sekunder yang lain. Walaupun Abang Japar memandu sebuah Rolls Royce Phantom, Saga baru ni Abang Japar rasa kereta paling berbaloi dalam kelasnya.

Kalau kata ia sama standard dengan Type R memang tipu lah. Tapi pengendaliannya sempurna (atau mungkin disebabkan kereta-kereta lain dalam kategorinya memang kelaut). Lepas kau bawak saga, kau akan rasa kereta lain dalam segmen Saga ni tak cukup sifat.

NI video biasa saja. tapi kau tengoklah. Sambil pakai wifi ofis kan?

Episode 4 – Santai Saga

Posted by Proton Cars on Rabu, 5 April 2017

Google ads
Back to top button