Buletin

PROTON X70 TERIMA LEBIH 5000 TEMPAHAN

Portal Malaysian Reserve melaporkan bahawa model SUV pertama Proton, X70 telah menerima 5,000 unit tempahan, kurang seminggu dari tarikh ianya dibuka untuk tempahan.

BACA: PROTON X70 DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Ia merupakan satu sambutan yang luar biasa memandangkan harga jualan X70 belum pun diumumkan lagi. Pembeli nampaknya berkeyakinan tinggi untuk membeli model “premium” dari Proton.

Walaupun tersebar beberapa info di media berkenaan harga jualan X70, pihak Proton menafikan sebarang senarai harga yang tular. Sebaliknya hanya akan mengumumkan harga jualan pada hari pelancarannya kelak.

Desas-desus bahawa Proton X70 akan dijual bermula harga RM80,000 hingga RM130,000 itu dan jika benar sekalipun ternyata memberi kesan terhadap angka tempahan yang dicatatkan memandangkan sebelum ini Proton tidak pernah ada produk dalam julat harga begini, kecuali Proton Perdana terbaru yang merupakan sedan segmen D dalam pasaran yang berbeza.

X70 akan didatangkan dengan empat model utama yang menampilkan pilihan terbaik untuk pengguna. Ia terdiri daripada:

  • Standard 2WD
  • Medium (Eksekutif) 2WD
  • Medium (Eksekutif) 4WD
  • Premium (Model spesifikasi penuh) 2WD

Selain daripada kualiti bahan dan pemasangan, X70 juga didatangkan dengan pelbagai ciri menarik. Antaranya;

  • Kawalan cuise adaptive
  • Kemasan kecil seperti suis, handle pintu, papan pemuka, panel-panel plastik, jahitan kulit nappa dan sambungan kimpalan yang terdedah juga lebih kemas buatannya dari sesetengah jenama popular CKD tempatan.
  • Panel meter LED digital sepenuhnya.
  • Ia ada corong penghawa dingin belakang dan juga pembersih udara (ionizer)
  • Ada ENAM. ya enam port USB di lokasi yang strategik.
  • Otlet soket 12v di bahagian bagasi belakang.
  • Lantai belakang rata (tiada bonggol di tengah)
  • Suspensi belakang jenis multi link.
  • Enjin yang ditutup penuh (seperti kemasan kereta Eropah)
  • Kerusi kawalan elektrik (pada model Eksekutif dan Premium. Model standard tidak diketahui)
  • Enjin berkuasa 180hp dan 285Nm tork!
  • Tonneau cover belakang yang boleh dibuka dan dilaras di lantai menjadi “partition” atau berfungsi seperti “cargo net”
  • RIm 18 inci dengan tayar 225/60R18

BACA: 4 SPESIFIKASI UTAMA PROTON X70

Jika dilihat daripada penerimaan awal, ternyata inilah produk Proton yang akan memulakan perubahan Proton secara total. Dengan spesifikasi yang ditunjukkan, X70 bakal menjadi penentu penerimaan pasaran terhadap jenama Nasional negara ini pada fasa pembaharuannya bersama rakan baru, Geely Group.

Google ads
Back to top button