Buletin

MONZA SP1 & SP2 : FERRARI EDISI TERHAD

Kemunculan Ferrari ke dunia automotif bukan semata-mata untuk mencipta kereta yang elegan, berkualiti dan semestinya laju bahkan untuk melibatkan diri dalam dunia sukan permotoran. Sejak dari dulu lagi dari dunia perlumbaanlah mereka mengaplikasikan teknologi tersebut kepada kenderaan keluaran mereka.

Model lagenda perlumbaan mereka seperti 1948 166MM, 750 Monza dan 860 Monza menjadi legasi mereka untuk terus berkarya.

Berinspirasi dari lagenda-lagenda ini Ferrari tampil dengan model SP1 dan SP2 yang mengambil rekaan kereta-kereta ikonik era 40-an dan 50-an mereka. Di kenali sebagai projek Ícona, ia sudah diwar-warkan kepada pelanggan mereka sejak bulan lalu.

Model dalam kategori ‘Barchetta’ atau ‘bot kecil’ ini merujuk kepada model-model kereta Itali yang mempunyai dua tempat duduk yang datang dengan atau tanpa bumbung. SP1 merupakan model dengan satu tempat duduk, manakala SP2 pula tampil dengan dua tempat duduk.

Terima kasih kepada penggunaan karbon fiber yang begitu ekstensif sekali. SP1 dan SP2 ini mempunyai nisbah berat kepada kuasa yang begitu baik sekali. Apatah lagi dengan enjin V12 6.5-liter berkuasa 810-HP yang mampu memecut 0-100 dalam masa 2.9-saat.

Kalau dilihat dari mata kasar pun rekabentuk kereta ini yang meleper memang mempunyai tahap aerodinamik dan titik graviti yang membolehkan kereta ini bergerak pantas tapi cabaran kepada rekaan ini tetap ada terutama pada bahagian kokpit disebabkan ketiadaan cermin depan.

Oleh itu jurutera- jurutera Ferrari telah mencipta dan mempatenkan ‘Virtual Wind Shield’ yang mana ia mengawal laluan udara ke pemandu menerusi rekabentuk panel intrumentasi hadapan dan stereng.

Diletakkan sebagai edisi terhad, kurang dari 500-unit akan dikeluarkan. Tiada harga rasmi dikeluarkan tapi ia dijangkakan mencecah 3-juta dollar.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button