Buletin

PUSAT 4S PROTON TERBESAR DI MANA? SABAH!

Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, (Fook Loi) secara rasminya membuka Pusat 4S PROTON terbesar pertama di Malaysia pada hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal bersama Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, barisan Pengarah Fook Loi dan ahli pengurusan kanan PROTON yang telah turut sama hadir.

Pencapaian PROTON yang semakin meningkat berbanding tahun lepas jelas menunjukkan bahawa jenama ini berada di landasan yang betul. Sejak penjanjian antara PROTON-Geely ditandatangani pada Oktober 2017, pelbagai peningkatan dapat dilihat melalui beberapa perkara.

“Bermula dengan pelancaran Proton X70 pada 12 Disember 2018, PROTON telah menambahbaik kesemua rangkaian modelnya yang mana telah menjadikan jumlah pegangan saham meningkat secara berterusan.

Pegangan pasaran keseluruhan Syarikat kini adalah pada 15% iaitu sebanyak 52,269 unit kereta telah dijual, pertumbuhan sebanyak 47% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Prestasi yang memberangsangkan ini telah menarik perhatian banyak pelabur seperti Fook Loi. Bagi Thomas Chiu Kui Yin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Fook Loi, keputusan yang diambil untuk menjadi pengedar PROTON adalah mudah.

“Keputusan yang diambil untuk menjadi pengedar PROTON tidak sukar kerana kami yakin pada potensi PROTON di Sabah. Rangkaian model Proton sedia ada sangat berdaya saing dan mempunyai teknologi yang canggih serta dilengkapi ciri-ciri yang mampu menarik minat generasi pembeli kereta baharu”.

PROTON menambah lagi jumlah cawangan 3S & 4S Pada peringkat awal usaha penjenamaan semula syarikat, PROTON mendapati bahawa untuk mengembangkan perkhidmatannya kepada pengguna, Syarikat perlu menyediakan cawangan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka.

Secara ideal, setiap cawangan mestilah mempunyai keluasan yang besar, selesa dengan persekitaran yang menarik dan dilengkapi kemudahan seperti WiFi percuma, ruang kanak-kanak, ruang parkir yang luas dan ruang minuman, untuk memastikan pelanggan berpuas hati. Tidak kurangnya juga, cawangan tersebut perlu mempersiapkan kakitangan jualan dan servis yang terlatih agar dapat memberikan pengalaman pelanggan berkualiti tinggi.

“Syarat-syarat yang diberi nampak mudah, tetapi sangat penting. Apabila pelanggan berkunjung ke bilik pameran atau pusat servis kami, mereka ingin disambut dengan wajah yang ceria dan suasana yang cantik. Ini kemudian akan mewujudkan satu komunikasi yang mesra dan pelanggan akan berasa seperti dihargai.

“Oleh kerana pusat cawangan adalah tumpuan pertama kami, pelbagai langkah telah diambil untuk memastikan pengalaman yang terbaik secara menyeluruh bermula di sini. Usahausaha ini telah membuahkan hasil. Jualan Syarikat kini semakin meningkat dan melalui pengenalan produk-produk baharu, kami yakin bahawa Syarikat di berada di landasan yang tepat untuk mendapat semula keuntungan,” kata Dr Li Chunrong.

Tags
Google ads
Back to top button