Buletin

PUSPAKOM TUTUP SEMENTARA PUSAT PEMERIKSAAN DI GLENMARIE, JB DAN PERKHIDMATAN BERGERAK DI JOHOR BERMULA 31 JULAI

PUSPAKOM akan menutup sementara operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Glenmarie dan Johor Bahru termasuk Perkhidmatan Bergerak di Negeri Johor mulai 30 Julai 2021 bagi melakukan proses disinfeksi dan sanitasi.

Pembukaan semula PUSPAKOM Glenmarie dan Johor Bahru akan dimaklumkan kelak. Pelanggan yang telah membuat temu janji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran akan dipulangkan secara automatik.

Sebagai alternatif kepada pelanggan yang telah membuat temu janji di cawangan Glenmarie, mereka dibenarkan hadir untuk melakukan pemeriksaan secara walk-in di PUSPAKOM Padang Jawa atau Petaling Jaya. 

Manakala bagi cawangan Johor Bahru, pelanggan boleh hadir ke cawangan alternatif iaitu PUSPAKOM Pasir Gudang, Senai atau Kluang dengan syarat pelanggan perlu menunjukkan bukti slip temu janji pemeriksaan cawangan yang terlibat dengan penutupan.  

Walaupun pemeriksaan secara walk-in dibenarkan, membuat temu janji pemeriksaan amat digalakkan bagi mengelak berlakunya kesesakan di pusat pemeriksaan.  Pelanggan yang hadir secara walk-in perlu membuat pembayaran di cawangan.   

Pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika menerimanya sepanjang tempoh penutupan cawangan.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa.

Google ads
Back to top button