
PUSPAKOM DEDAH KEGIATAN ‘RUNNER’, JUAL SLOT TEMPAHAN RM3.50 JADI RM750
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Mahmood Razak Bahman mendedahkan, kegiatan ‘runner’ yang meraih keuntungan luar biasa dengan menjual slot tempahan pemeriksaan kenderaan kepada pihak ketiga.
Menurutnya, siasatan awal mendapati ada ‘runner’ yang menjual satu slot tempahan sehingga RM750, walaupun caj asal PUSPAKOM hanya RM3.50.
“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kami sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Aedy Fadly memaklumkan pihaknya sedang mendapatkan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kegiatan itu.
“Kami cuba mengesan ‘runner’ yang terlibat, tetapi setakat ini semua saluran komunikasi gagal dihubungi. Oleh itu, kami akan menggunakan kaedah lain untuk mengesan mereka,” ujarnya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, PUSPAKOM tidak akan membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran yang sama.
Langkah itu diambil bagi membanteras kegiatan menjual slot tempahan dengan harga tinggi oleh orang tengah. – Buletin TV3







