SUPERBIKE TERSADAI MEREPUT DI MUMBAI
Senario jentera superbike tersadai sehingga mereput dapat disaksikan di negara India.
Menurut laporan cartoq, motosikal berkuasa tinggi merupakan alternatif kepada penggemar automotif yang tidak mampu membeli kenderaan prestasi tinggi di negara terbabit.
Cukai yang tinggi dikenakan terhadap motosikal berkuasa tinggi terutama diimport membuatkan ia dimiliki golongan kaya.
Bagaimanapun, masih terdapat motosikal berkuasa tinggi ditinggalkan begitu sahaja sehingga mereput di Mumbai India.
Beberapa keping foto Sidhartha M menunjukkan sekurang-kurangnya enam motosikal sport dalam keadaan sadis di Balai Polis Andheri di bandar Mumbai, India.
Antara jentera yang dapat dilihat termasuk Yamaha FZ-1, Honda CBR 600RR dan Honda CBR 1000RR Fireblade.
Selain itu, terdapat beberapa model menarik ditemui seperti superbike Honda Repsol. Satu lagi model dikesan ialah Honda CBR600RR edisi Konica Minolta.
Edisi Konica Minolta mula dikeluarkan pada 2018 dan dilabel sukar ditemui menggunakan trenkuasa 4-silinder DOHC 600cc, menghasilkan kuasa 118hp dan tork 66Nm. Kelajuan motosikal itu ialah 255kmj.
Bagi penggemar superbike sudah pasti keadaan motosikal berkenaan menjentik hati mereka.
Apatah lagi apabila ia terbiar berhabuk dan menunggu masa menjadi besi buruk .-cartoq