Buletin

BMW MOTORRAD LANCAR CRUISER R18 B DAN R 18 TRANSCONTINENTAL DI AMERIKA. ENJIN 1.8L, BERMULA RM91K

BMW Motorrad menambah rangkaian jentera R 18 dengan pengenalan model R18 B dan R 18 Transcontinental ke pasaran Amerika Syarikat (AS). 

Turut dikenali sebagai Grand American Tourer, R 18 Transcontinental dikatakan cukup ideal untuk perjalanan jauh. Jadi, tidak hairanlah jika ia dipasang dengan fairing dan cermin hadapan yang besar.

Ia juga hadir bersama ciri-ciri seperti deflector pada bahagian badan, lampu auxiliary, serta pemanas pada hendal dan tempat duduk. 

Penampilan klasiknya diserlahkan menerusi lampu utama berbentuk bulat. Di samping ruang penyimpanan barang keras di kedua-dua sisi, top case dan penyandar belakang buat pembonceng. 

Penunggang turut dihidangkan dengan paparan bersaiz 10.25 inci, serta sistem audio Marshall bersama empat unit pembesar suara dan dua subwoofer. 

R 18 B pula nampak hampir sama, cuma ia mengambil inspirasi daripada model bagger dan lebih sporty. Antara perbezaannya ialah cermin utama lebih kecil, tempat duduk tiada pemanas dan kemasan berwarna hitam matte. 

Pelanggan boleh menempah model First Edition yang lebih unik. Model tersebut tampil dengan warna hitam klasik yang dikontraskan kemasan krom dan garis putih. Ia juga dilekatkan dengan lencana First Edition dan pelana khas. 

Kedua-dua jentera berkenaan dikuasakan oleh enjin Big Boxer 1.8 liter yang mampu menjana 90hp dan tork 150Nm.

Bakal berada di pasaran AS mulai bulan depan, R 18 B akan ditawarkan pada harga AS$21,495 (RM90,953). Manakala R 18 Transcontinental pula berharga AS$24,995 (RM105,757). 

GALERI

Google ads
Back to top button