Buletin

RADICAL MOTORSPORT SR10 XXR – 2.3L TURBO 425 BHP UNTUK BERLUMBA!

Radical Motorsport ditubuhkan pada 1997 dan pengeluar kereta lumba terbesar di United Kingdom (UK). Sehingga kini lebih 2,800 kereta dihasilkan dan untuk sukan permotoran terdapat 12 kejohanan Radical Cup di empat benua di dunia.

Di antara produk Radical Motorsport ialah SR1, SR3, SR10 dan RXC GT3 dan Spyder.

Produk terbaru syarikat ialah SR10 XXR yang merupakan versi naik taraf SR10 dan diperkenalkan sebulan selepas SR3 XXR diedarkan dan kini kedua-duanya berada di bawah model kereta lumba XXR.

Sejak diperkenalkan pada 2020, lebih 100 SR10 menjadi pilihan pelanggan dan popular untuk acara kelab atau hari litar.

Pelanggan terbesar adalah dari Amerika Syarikat dengan dominasi 70 peratus pesanan. Susulan populariti yang dinikmati, Radical Motorsport menaik taraf SR10 kepada SR10 XXR.

SR10 XXR digerakkan enjin 2.3 liter turbo berkuasa 425 bhp yang dihasilkan Radical Performance Engines. 

Paling menyerlah pada SR3 XXR ialah bilah depan baharu yang direka untuk prestasi aerodinamik lebih baik pada kelajuan tinggi, mengurangkan pembelokan kurang dan meningkatkan kecekapan penyejukan.

Kestabilan di selekoh dan kelajuan tinggi ditingkatkan melalui sirip tengah ala LMP yang turut digunakan pada SR3 XXR.

Turut dilengkapi roda aloi ringan baharu dan gugusan lampu nyalaan siang (DRL) intensiti tinggi.

Untuk pemandu yang mahu mengurangkan lagi berat, Radical Motorsport menawarkan pemisah gentian karbon dan pakej peresap dengan kos tambahan.

Berdasarkan maklum balas pelanggan, kebanyakan kelengkapan SR10 XXR akan ditawarkan kepada pemilik sedia ada dalam pakej XXR Evolution Pack.

Di antaranya ciri aerodinamik pada clam depan, rim baharu, sistem penyejukan dan tetapan serta komponen badan gentian karbon.

Tempahan SR10 XXR sudah dibuka dan boleh dibuat melalui sejumlah pengedar Radical Motorsport di lebih 20 buah negara.

BACA: FERRARI AKHIRNYA BIKIN CROSSOVER PUROSANGUE, NADI V12 725 PS

BACA: 10 SUPERCAR ITALI YANG EKSOTIK, DIHASILKAN DALAM BILANGAN TERHAD.

BACA: DELOREAN ALPHA5. PINTU GULLWING, 483KM SEKALI CAJ, 0-100KM/J CUMA 3.4 SAAT

Google ads
Back to top button