
DELOREAN ALPHA5. PINTU GULLWING, 483KM SEKALI CAJ, 0-100KM/J CUMA 3.4 SAAT
DeLorean kini kembali secara rasmi ke pasaran automotif apabila memperkenalkan model elektrik pertamanya, Alpha5. Sama seperti model ikonik DMC-12, jentera itu hadir dengan rekaan sebuah coupe dan pintu jenis gullwing yang direka oleh pihak Italdesign.
Tidak jauh berbeza dengan reka bentuk EV pada hari ini, Alpha5 dilengkapi rim bersaiz besar, selain lampu hadapan dan belakang yang nipis. Port pengecasan dipada bahagian fender hadapan pemandu dan bukannya di belakang seperti EV yang lain. Rekaan aerodinamik itu diserlahkan lagi dengan kemasan dua tona.
Melihat kepada dimensi pula, Alpha5 adalah lebih besar berbanding DMC-12 dengan panjang 4,995mm, 2,044mm lebar dan setinggi 1,370 apabila pintunya ditutup.

Ruang kabin kini jauh lebih moden dengan dua skrin bersaiz besar untuk meter kluster dan infohibur, stereng tiga jejari serta uplhosteri berwarna putih. Ketiadaan tiang B membuatkan urusan keluar masuk daripada jentera empat tempat duduk itu lebih mudah.
Biarpun DeLorean masih belum mendedahkan rangkaian kuasanya, jentera itu didakwa dipasang dengan motor elektrik bersama bateri berkapasiti 100kWh.
Ia mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 483km dengan sekali caj. Dari segi prestasi pula, Alpha5 boleh mencatat kelajuan 0-100 dalam masa hanya 3.4 saat.

Menurut DeLorean, itu hanya untuk model asas kerana varian lebih berkuasa masih dalam proses pembangunan.
Pengeluar kenderaan itu memberitahu jentera berkenaan akan dihasilkan di Itali dan rangkaian kuasa dibekalkan oleh pembekal dari United Kingdom.
Produksi Alpha5 dijangka bermula pada tahun 2024.
- BACA: INILAH 10 KERETA FERRARI PALING BURUK PERNAH DIREKA
- BACA: SKANDAL YANG MENGGEGAR INDUSTRI AUTOMOTIF
- BACA: DELOREAN DMC-12 : ANDA KENAL KE TIDAK KERETA MESIN MASA NI?
- BACA: DELOREAN DMC-12, JENTERA BACK TO THE FUTURE BAKAL KEMBALI SELEPAS 40 TAHUN?
GALERI





