
10 SUPERCAR ITALI YANG EKSOTIK, DIHASILKAN DALAM BILANGAN TERHAD.
Supercar buatan Itali memang terkenal dengan ketelitian kejuruteraan dan juga penggunaan bahan berkualiti tinggi dalam penghasilannya. Maka tidak hairanlah supercar Itali ada peminatnya yang tersendiri dan sanggup menghabiskan duit yang banyak bagi memilikinya.
Tapi bagi pembeli yang mahukan satu-satu model yang eksklusif, supercar Itali juga turut dihasilkan dan dijual kepada pembeli yang berminat dan pastinya berpoket tebal. Ini senarai 10 supercar Itali yang sangat sukar ditemui
1. Maserati MC-12 – hanya dihasilkan sekitar 50 unit sahaja di dunia dengan rekaan luar mengambil inspirasi Ferrari Enzo. Ia lebih panjang, lebar serta direka untuk downforce maksimum dihasilkan secara homologasi bagi perlumbaan GT1
MC12 menggunakan enjin Ferrari Enzo 6000cc V12 menghasilkan 624 kuasa kuda dan 652Nm tork pada 7500 RPM. Supercar ini merupakan kereta jalanan paling laju dihasilkan oleh Maserati pada 330km/jam

2. Alfa Romeo 33 Stradale – 18 Unit sahaja dihasilkan oleh Alfa Romer dari tahun 1967 ke 1969 berdasarkan model perlumbaan iaitu jentera Tipo 33. Selain daripada rekaan luar yang sangat menawan, ia dikuasakan dengan enjin yang sama untuk perlumbaan iaitu V8 2000cc yang menjana 230 kuasa kuda
3. Touring Superleggera Aero 3 – 15 Units sahaja dihasilkan oleh Coachbuilder dengan menggunakan gentian karbon bagi tujuan aerodinamik serta mengurangkan berat. Rekaan jeriji depan mirip seperti kereta Alfa Romeo manakala enjin pula dibekalkan oleh Ferrari V12 6300cc yang menjana 740 kuasa kuda dan 690Nm tork. Halaju maksima supercar ini ialah 340km/jam
4. Lamborghini Veneno – 13 Unit supercar ini dihasilkan oleh Lamborghini sempena 50 tahun penglibatan syarikat ini dalam automotif. Kerangka supercar dan panel badan dibuat daripada gentian karbon 100% untuk ringan dan kuat
Enjin 6500cc V12 menghasilkan 750 kuasa kuda, sudah cukup untuk Veneno mencapai halaju 355km/jam dengan pecutan 0-100km/jam dalam masa 2.8 saat sahaja

5. Italdesign Zerouno – 5 Unit sahaja dihasilkan oleh syarikat ini dengan menggunakan gentian karbon modular serta aluminium untuk cesi. Manakala panel badan dihasilkan dengan gentian karbon sepenuhnya. Ia dikuakan dengan enjin aspirasi normal 5200cc V12 yang menghambur 602 kuasa kuda.
6. Pagani Huayra Tricolore – 3 Unit dihasilkan oleh Pagani bagi mengenang jasa pasukan akrobatic tentera udara Itali pada ulang tahun ke 60 dengan rekaan luar diilhamkan dari pesawat Aermacchi MB-339A. Rekaan ini ditambah dengan elemen splitter, side extractor, air scoop dan rear diffuser
Tapi paling menarik model ini dipasang dengan pitot tiub, iaitu alat untuk mengukur halaju udara yang biasa dipasang pada kapal terbang. Model ini dikuasakan dengan enjin V12 6000cc turbo berkembar menjana 840 kuasa kuda.
7. Pagani Zonda HP Barchetta – 3 Units dibuat dengan harga 15 juta USD bagi setiap unit. Setiap unit dipasang dengan fairing gentian karbon, roof scoop, balutan istimewa dan warna yang berbeza antara kiri dan kanan (perak dan biru). Ia dipadankan dengan enjin 7300cc Mercedes AMG M120 V12 bagi menghasilkan 789 kuasa kuda dan 850Nm tork

8. Ferrari F12 TRS – 2 Unit sahaja dibuat kepada pelanggan super setia dihasilkan berdasarkan model 12 Berlinetta dan Ferrari 250 Testa Rossa 1957. Namun karekter rekaan paling menarik ialah di bahagian belakang supercar ini dengan spoiler yang unik. Ia dikuasakandengan enjin 6300cc V12 729 kuasa kuda dan 689Nm tork
9. Ferrari P4/5 By Pininfarina – dihasilkan hanya 1 unit oleh Ferrari selepas diminta oleh Jim Glickenhaus. Projek ini dihasilkan dengan menggunakan cesi Enzo dengan 200 komponen tambahan tempahan khas. Ia menggunakan enjin Enzo 6000cc V12 Tipo F140 yang menhamburkan 650 kuasa kuda.
10. Lamborghini Aventador J – hanya 1 unit sahaja model ini dihasilkan oleh Lamborghini dalam varian roadster berbeza dengan rekaan asal Aventador iaitu coupe 2 pintu berbumbung. Malah model ini juga tidak dipasang dengan cermin depan. Ia dikuasakan dengan enjin 6500cc V12 yang menjana 680 kuasa kuda dan 688Nm tork

Jika anda rasa supercar sudah mahal dan sukar untuk ditemui, maka senarai supercar yang kami letak di atas ternyata lebih istimewa dan kadang kala hampir-hampir gagal homologasi keselamatan jalan raya. Pelik juga sebab tiada cermin depan dipasang sebagai peralatan standard.