BOSCH Mrec – Desktop
Artikel PilihanBuletin

RASUAH DALAM JPJ SUDAH LAMA BERLAKU – MENTERI

SHARE

Kementerian Pengangkutan mengakui kewujudan rasuah di kalangan anggota penguatkuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak dapat membuat pertuduhan terhadap mereka yang terbabit kerana ketiadaan bukti.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tegas membersihkan pentadbiran dan bukan hanya melibatkan menteri kabinet tetapi semua di semua peringkat termasuk penguatkuasaan.

“Mana-mana kakitangan awam, terutama pegawai JPJ yang terlibat dalam amalan rasuah … kami mengalu-alukan tindakan tegas dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

“Kami tahu dan telah lama mendengar amalan rasuah sedemikian, ada juga pegawai penguat kuasa yang melindungi pengendali trak dan sebagainya.

“Kami telah mendengar cerita sedemikian lama, tetapi untuk mendapatkan bukti, menguatkuasakan undang-undang … ini memerlukan siasatan berhati-hati dan perancangan dari SPRM, dan kami yakin kemampuan SPRM untuk menyiasat dan memberkas mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan Stesen FedEx Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan 31 individu yang ditahan oleh SPRM semalam termasuk 24 pegawai penguatkuasa JPJ Pulau Pinang kerana didakwa terlibat dalam rasuah.

Loke berkata kementerian akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan SPRM mengenai penangkapan anggota JPJ.

Beliau juga yakin dengan kredibiliti dan kepimpinan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid dalam menguruskan jabatan itu dan membasmi amalan sedemikian di kalangan anggota penguatkuasa kerana beliau sendiri pernah berkhidmat di SPRM sebelum ini.

Shaharuddin sebelum ini adalah ketua pegawai eksekutif di Pejabat Penasihat Undang-undang SPRM.

Ditanya sama ada kementerian sedang mengkaji kemungkinan penstrukturan semula JPJ, beliau berkata kementerian sentiasa meninjau peningkatan operasi jabatan di bawah kementerian, dengan integriti dan kecekapan menjadi keutamaan.

KREDIT: BERNAMA

Tags
Google ads
Back to top button