ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS – TAWAR PERLINDUNGAN TAMBAHAN SECARA PERCUMA
Bermula 1 Mei 2019, penunggang motosikal berkuasa kecil boleh menikmati perlindungan yang lebih komprehensif menerusi Allianz Motorcycle Plus.
Dilancarkan oleh penyedia insurans am Allianz Malaysia, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad menjadi penanggung insurans yang pertama memberi perlundungan tambahan kepada motosikal berkapasiti 245cc dan ke bawah.
Dengan bayaran premium sekitar RM150 hingga RM200, pelanggan boleh memilih polisi Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) atau Allianz Motorcycle Plus (pihak ketiga sahaja).
Allianz Motorcycle Plus menawarkan Perlindungan Kemalangan sehingga RM5,000 untuk kematian atau kecacatan kekal, Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari selama 60 hari dan Perlindungan Jumlah Diinsuranskan Sepenuhnya Peril Khas yang melibatkan perlindungan banjir, tanah runtuh atau bencana alam lain.
Manakala Allianz Motorcycle Plus menawarkan Perlindungan Kemalangan sehingga RM5,000 untuk kematian atau kecacatan kekal serta Pendapatan Hospital sebanyak RM5 sehari selama 60 hari tanpa perlu membayar premium tambahan.
“Kami mahu memenuhi keperluan penunggang motosokal menerusi produk yang mampu milik dan dapat menawarkan perlindungan terbaik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir.
Sebagai sebahagian daripada kempen yang akan berlangsung mulai 1 Mei hingga 31 Julai 2019, semua pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus baharu berpeluang memenangi enam buah motosikal SYM SM Sport 100cc.
Pemenang akan dipilih menerusi undian oleh kumpulan pemegang polisi yang layak.
- BACA: KONVOI KE SIAM? INI YG PERLU ANDA TAHU TENTANG INSURANS THAILAND
- BACA: KERAJAAN PERTIMBANG DISKAUN INSURANS UNTUK PEMANDU BERDISPLIN
- BACA: NAK JIMAT PREMIUM INSURANS KERETA RM4,500 LELAKI KANADA SANGGUP TUKAR JANTINA
- BACA: DITINDAS SYARIKAT INSURANS-LELAKI INI MELAWAN HABIS-HABISAN DAN AKHIRNYA BELIAU MENANG!