Buletin

REKABENTUK LITAR FORMULA SATU VIETNAM DIDEDAHKAN (+VIDEO)

Ekonomi Vietnam berkembang pesat sejak 10 tahun kebelakangan ini. Industri automotif di sana juga rancak dengan pelaburan syarikat-syarikat luar membina empayar dan hub di Hanoi. Sejajar dengan itu, Vietnam berhasrat untuk menjadi tuanrumah sukan Gran Prix Formula Satu.

Mereka merancang untuk menjadi hos menjelang tahun 2020.

BACA: VIETNAM BAKAL ANJUR F1 PADA 2020

Keseluruhan panjang litar ini ialah 5.5 kilometer dengan dua laluan lurus yang panjang dan 22 selekoh berbeza.

Ia menggabungkan rekaan litar perlumbaan tradisional dan litar dalam bandar dalam satu pakej.

Lebih menarik lagi, bangunan pit dibina berdasarkan rekabentuk tradisi Vietnam.

Sila tonton video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.

 

Google ads
Back to top button