RENAULT BINA KILANG KITAR SEMULA KOMPONEN TRAK
Renault Trucks telah mengumumkan inisiatif hijau terbaharu dengan membangunkan sebuah fasiliti baharu berkeluasan 3,000 meter persegi di wilayah Lyon-Venissieux, Perancis.
Ia bukanlah fasiliti pemasangan trak baharu, akan tetapi para pekerja di situ ditugaskan untuk meleraikan mana-mana trak dengan jarak perbatuan yang tinggi atau menghampiri akhir kitaran hayat untuk mendapatkan komponen dan alat ganti yang boleh dijual atau dikitar semula.
Antara komponen yang bakal disemak termasuklah enjin, kotak gear, tangki bahan api, bampar, deflektor malah kabin juga akan diperiksa kondisinya sebelum ia digunakan atau dilupuskan.
Setelah dibersihkan dan dilabelkan sebagai alat ganti terpakai, kesemua komponen yang boleh dikitar semula akan dihantar ke pusat alat ganti Renault Trucks berdekatan.
Kesemua alat ganti terpakai ini akan dijual dengan harga yang jauh lebih murah 50-60 peratus berbanding alat ganti baharu. – Carscoops