
TRAPO – KARPET LANTAI GENERASI BAHARU UNTUK KERETA KESAYANGAN ANDA
Sebaik sahaja kita membeli sebuah kereta baharu sudah tentu rasa teruja akan melanda jiwa dan sebaik memasuki tempat pemandu sudah tentu kaki kita akan memijak karpet lantai yang dibekalkan dari kilang. Pijak pun lemah lembut kononnya karpet tu dari jenis premium padahal sama dengan yang dijual di kedai aksesori di seluruh dunia. Selepas sebulan terus haus mengalahkan tayar kereta F1 selepas perlumbaan.
Ada kereta yang dibekalkan dengan karpet lantai jenis PVC dan ada juga yang diperbuat daripada fabrik seperti permaidani di rumah. Perkara pertama yang terlintas tentulah, macam mana kalau kotor karpet lantai ni? Mesti serabut kepala nak membersihkan.

Langkah yang biasa diambil ialah beli karpet lantai aftermarket di kedai aksesori bagi menggantikan karpet lantai asal. Tapi satu lagi masalah ialah nak memilih karpet lantai yang sesuai maklumlah terdapat puluhan jenis untuk pilihan. Ada yang tebal dan ada yang nipis, nak yang murah ke mahal? Beli yang murah tapi pakai sekejap je dah bocor. Beli yang tebal tapi nanti berat pula nak keluarkan untuk buang habuk. Macam-macam masalah kan.

Kini anda ada pilihan yang lebih baik dengan karpet lantai keluaran Trapo yang direka khusus untuk kereta kesayangan anda. Karpet lantai Trapo merupakan karpet lantai generasi baharu yang akan menyelesaikan semua masalah pada karpet PVC sebelum ini.
Satu perkara yang pasti ialah karpet yang diperbuat daripada PVC memang mempunyai bau yang sangat-sangat tidak menyenangkan. Malah kadang-kadang bau tersebut akan kekal selama berbulan-bulan dalam kereta anda dan tak kena cara memang menyebabkan sakit kepala. Karpet lantai Trapo tidak mengeluarkan bau seperti karpet kereta PVC dan menjadikan pemanduan anda lebih relaks.

Selain daripada itu produk karpet lantai Trapo ini juga bebas gelinciran kerana dilengkapi dengan Velcro di bahagian belakang. Karpet lantai PVC biasanya asal sentiasa tergelincir sewaktu anda mahu keluar dan masuk ke dalam kereta. Malah kalau yang jenis nipis siap akan bergulung atau terlipat lagi tapi kini dengan Trapo masalah tersebut tidak akan berulang lagi.
Satu perkara yang menyusahkan tentang karpet lantai ialah bila anda perlu membersihkannya. Ianya berat dan kalau yang jenis PVC coil tu memang mustahil untuk anda memberusnya. Tapi untuk membersihkan karpet lantai Trapo ni anda cuma perlu mengeluarkannya dan basuh sahaja dengan air. Ia juga cukup mudah untuk dikeringkan. Bukan itu sahaja ia juga bebas bakteria. Jadi jika anda ataupun anak-anak mempunyai masalah alahan, ini memang satu pilihan yang sangat baik.

Bagaimana pula dengan ketahanan? Rekaan karpet lantai Trapo memang sangat tahan untuk digunakan selama bertahun-tahun dan jika anda membeli karpet lantai Trapo anda akan diberikan waranti (untuk varian terpilih). Mana ada waranti jika anda beli karpet PVC biasa.
Bukan itu sahaja, karpet lantai Trapo ini juga kalis air mampu mengelak daripada pembiakan kulat jika air meresap ke dalam karpet kereta anda.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan segera karpet lantai Trapo untuk kereta kesayangan anda dengan membuat tempahan di atas talian dan jangan lupa masukkan kod Mekanika 10 untuk mendapatkan diskaun atas pembelian anda.