" "
Buletin

JELAJAH DUNIA COLDPLAY DIJANA KUASA BATERI KITAR SEMULA BMW i3

Band terkemuka dunia, Coldplay akan mengadakan jelajah dunia sempena album terbaharu Music Of The Spheres.

Menariknya, persembahan mereka bakal dijana kuasa bateri kitar semula BMW i3.

Bateri berkenaan akan menggantikan generator diesel dan gas yang digunakan pada persembahan Coldplay sekali gus melestarikan jelajah itu.

Persembahan memerlukan kira-kira 40 buah bateri kitar semula yang diperoleh daripada i3s.

Selain itu, lantai stadium kinetik akan membantu menjana kuasa bateri daripada kehadiran para penonton.

Penyanyi utamanya, Chris Martin berkata mereka sangat berbangga dapat berkolaborasi dengan BMW dalam tour pertama dunia yang menggunakan kuasa bateri boleh dicas semula.

“Ia sekali gus membenarkan kami mengadakan konsert hampir keseluruhan menggunakan tenaga kitar semula dan bersih,” katanya.

BMW mendakwa inisiatif hijau berkenaan merupakan pertama kali peranan bateri automotif digunakan sebagai medium kitar semula dan langkah penting dalam perkembangan kenderaan elektrik.

Bateri automotif merupakan karbon intensif untuk dibangunkan dan kaedah kitar semula sangat penting dalam mengurangkan jejak karbon serta kos kewangan.

Ia akan dicas menggunakan beberapa kaedah termasuk panel solar dan generator dijana Hydrotreated Vegetable Oil. – carscoops

Google ads
Back to top button