
BMW I VISION CIRCULAR, JENTERA KONSEP ELEKTRIK KITAR SEMULA
BMW mendedahkan kenderaan konsep elektrik terbaharu dikenali sebagai I Vision Circular yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Jentera elektrik kompak memiliki empat tempat duduk itu merupakan rekaan berani pengeluar kenderaan terbabit memberi gambaran pengangkutan bandar pada tahun 2040.
Ia menekankan empat falsafah BMW dalam penghasilan kenderaan mesra alam iaitu RE:THINK, RE:DUCE, RE:USE dan RE:CYCLE.

i Vision Circular diperbuat daripada bahan kitar semula malah kesemua komponen boleh dikitar semula termasuk bateri apabila berapa penghujung hayat akhir.
Dari segi luaran, kenderaan kompak itu menampilkan rekaan gril buah pinggang klasik dipadankan lampu utama.
Selain itu, gril itu dilihat boleh digunakan sebagai paparan grafik.

Komponen pada kenderaan tersebut menggunakan bahan kitar semula aluminium dan besi serta bateri adalah daripada bahan kitar semula.
Bahagian tayar, diperbuat daripada bahan getah asli yang diperakui, diperkuatkan dengan penggunaan zarah getah berwarna dikitar semula untuk penambahan kekuatan struktur, serta mencipta penampilan tersendiri.
Ia turut hadir dengan keupayaan car-to-grid yang dijangkan dibawa BMW dalam pembangunan kenderaan elektrik pada masa hadapan.

Ruang kabin pula dilengkapi papan pemuka yang menggunakan efek pencahayaan memaparkan operasi kenderaan.
Bahkan, rekaan tersebut tidak didatangkan skrin paparan sepert kenderaan konvensional masa kini.
Bahagian tempat duduk berwarna lavender menggunakan bahan kitar semula manakala rekaan stereng berbentuk empat segi diperbuat daripada bahan bio iaitu sebuk kayu.

Rekaan roda stereng berbentuk segi empat itu dibina menggunakan teknik percetakan tiga dimensi dengan menggunakan bahan serbuk kayu.
Model konsep i Vision Circular dipertontonkan di Pameran Motor Antarabangsa (IAA) 2021 di Munich – carscoops