
BATERI EV LAMA KIA DIGUNAKAN SEMULA SEBAGAI UNIT STORAN TENAGA STATIK
Kia telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat keretapi nasional Jerman, Deutsche Bahn untuk menukarkan pek bateri lama kenderaan elektrik menjadi sebuah sistem storan tenaga statik.
Projek yang dinamakan sebagai Encore ini dibangun untuk menggunakan semula mana-mana bateri lama dari EV seperti Kia Soul EV untuk mencipta sebuah storan tenaga yang berkeupayaan untuk menyalurkan sehingga 72 kWh kuasa kepada kampus EUREF, Berlin.

Kebanyakan pek bateri tersebut dikumpulkan daripada pengedar Kia dan dihantar ke pusat peleraian Deutsche Bahn sebelum dipasang semula menjadi unit storan tenaga statik.
Sistem baharu ini terdiri daripada 24 modul bateri yang disusun dalam tiga rak, setiap satu model terdiri daripada 14 sel berkembar.
Biarpun pada asalnya pek bateri tersebut tidak lagi sesuai digunakan di dalam EV memandangkan jarak operasi mungkin telah dikurangkan kepada 82 km, namun setelah diberikan ‘hayat’ baharu unit tersebut boleh digunakan semula untuk kegunaan domestik atau industri. – Carscoops