Artikel Pilihan

SIMPAN DUIT DALAM KOTAK KASUT UNTUK BELI RV TAPI ISTERI BUANG DALAM TONG KITAR SEMULA – MATILANAK

Bayangkan jika wang simpanan anda seumur hidup yang dikumpulkan selama bertahun dalam kotak kasut hilang begitu sahaja. Silap-silap murung terus weh. Bukan hilang dicuri, bukan rumah terbakar tapi si isteri tersilap buang kotak kasut berisi wang ke tong kitar semula. Panggil majlis perbandaran yang bertanggungjawab tapi trak tersebut sudah pergi entah ke mana-mana. USD23,000 tuan-tuan. Itulah jumlah wang yang dikumpul dan tersilap buang tanpa disedari.

Itulah yang berlaku pada seorang lelaki di Oregon, AS yang mengumpulkan duit untuk membeli sebuah RV idaman beliau. Dalam dunia transaksi digital ini sebenarnya masih ramai suka memegang wang kertas sebenar. Percayalah wang sebenar ni sangat penting untuk tawar menawar harga barangan khususnya barangan terpakai. Kecuali kalau ianya hilang la macam kes di atas.

Lelaki yang disebutkan telah menjual pelbagai barangan dari trak lama, RV lama dan macam-macam lagi untuk membeli sebuah RV baharu. Duit tersebut diikat baik-baik dan disimpan dalam kotak kasut lama menyangkakan ia tempat yang paling selamat.

Memang ia cukup selamat sehinggalah tiba Hari Kitar Semula 1 Ogos lepas. Isteri beliau menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara yang baik dengan mengumpul barangan untuk kitar semula termasuklah kotak kasut berisi wang tadi.

Sebaik menyedari kesilapan yang berlaku dan kehilangan wang tersebut, trak pengangkut sudah lama bergerak sejauh 200 batu merentas sempadan negeri ke Samoa, California.

Lelaki Oregon tersebut berjaya menghubungi Linda Wise, pengurus besar pusat kitar semula Humboldt Recology Plant. Wise tidak menjanjikan hasil terbaik tapi akan mencuba mendapatkan kembali wang tersebut. Bukan mudah sebenarnya sebab mereka memproses lebih 100 tan bahan kitar semula setiap hari. Nak cari kotak tu sebenarnya macam jari jarum dalam sekam padi.

Sebaik menerima aduan lelaki terbabit, Wise mengarahkan kesemua bekerja berusaha untuk mencari wang milik lelaki malang tersebut.

Disinilah muncul watak penting bernama Nick Page, seorang pekerja biasa yang kerjanya mengumpulkan kadbod untuk kitar semula. Belum ternampak sesuatu yang pelik dan rupa-rupanya ia beberapa berkas wang kertas yang terikat dengan kemas.

Ia merupakan jumlah terbesar wang yang pernah dipegang oleh Page tapi beliau mengambil tindak yang betul dan terbaik dena menyerahkan wang tersebut kepada Wise. Inilah contoh integriti yang terbaik walaupun dari pekerja bawahan.

Wise mengarahkan pekerja-pekerja beliau mengira wang tersebut dan didapati hanya USD320 hilang dari jumlah USD23,000 keseluruhan. Okeylah tu, anggap tak ada rezeki.

Kesemua pihak berpuas hati kerana berjaya menemui wang lelaki tersebut. Bayangkan betapa bersyukur lelaki Oregon yang kemudian terus memandu sejauh empat jam untuk mendapatkan kembali wang beliau.

Beliau kemudian mahu memberikan sedikit saguhati kepada pekerja-pekerja di loji tersebut tetapi ditolak dengan baik oleh Wise. Pihak loji akan memberikan hadiah kepada kesemua pekerja atas integriti yang ditunjukkan.

Menarik kan? Terima kasih kepada sekumpulan pekerja yang jujur dan sanggup berusaha menyelongkar timbunan bahan kitar semula sebelum menemui dan mengembalikan kembali wang kepada pemilik.

Google ads
Back to top button