Buletin

RENAULT DEDAH ENJIN TURBO BAHARU – HASIL KERJASAMA PAKATAN RENAULT-NISSAN-MITSUBISHI & DAIMLER

Renault baru-baru ini memperkenalkan enjin turbo dengan sistem pancitan bahan api terus baharu. Enjin itu dilapor dibangunkan bersama di antara pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance serta Daimler.

Bakal mula digunakan pada rangkaian jentera Scénic dan Grand Scénic, enjin tersebut juga dijadual dipasang pada model Renault mulai tahun depan.

Enjin itu didakwa menawarkan keseronokan memandu, lebih tork pada rpm rendah, jimat bahan api dan kurang emisi CO2. “Ia mematuhi semua standard kualiti yang ditetapkan oleh Pakatan dan Daimler selepas diuji selama 40,000 jam.

“Berbeza dengan enjin Energy TCe 130, enjin Energy TCe 140 baharu ini menawarkan tork puncak 35Nm pada julat rev bermula 1,500rpm hingga 3,500rpm,” kata Naib Presiden Global Pakatan – Rangkaian Kuasa dan Kenderaan Elektrik, Philippe Brunet.

Enjin Energy TCe 160 pula menawarkan tork maksimum 260Nm untuk gear manual dan 270Nm (transmisi EDC). Kuasa tork itu boleh dicapai di antara 1,750rpm hingga 3,700rpm.

Enjin petrol yang dipadankan dengan transmisi manual atau EDC itu hadir dalam beberapa rating kuasa bermula 115hp hingga 160hp.

Ia dilengkapi pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh pakatan tersebut. Sebagai contoh, Bore Spray Coating yang merupakan tenologi salutan silinder dan diambil daripada enjin Nissan GT-R.

Google ads
Back to top button