Buletin

FERRARI 250 GT LWB CALIFORNIA SPIDER COMPETIZIONE – DILELONG PADA HARGA RM73.3 JUTA

Sebuah Ferrari 250 GT LWB California Spider Competizione yang dihasilkan pada tahun 1959 berjaya dijual pada harga AS$17.99 juta (RM73.3 juta) dalam satu acara lelongan oleh RM Sotheby’s di New York.

Jente klasik itu dibina di atas chasis bernombor 1451 GT dan menjadi salah satu daripada hanya dua unit yang pernah dihasil dengan badan aluminium sepenuhnya.

Kereta ini semakin menarik kerana ia berjaya berada di tempat ketiga dalam kelasnya dan ranking kelima keseluruhan dalam perlumbaan Le Mans 24 Hours pada tahun 1959.

Selepas menyertai perlumbaan popular tersebut, kereta ini dipandu oleh Bob Grossman dalam banyak siri perlumbaan di seluruh Amerika Syarikat. Ini termasuklah Watkins Glen Grand Prix pada September 1959 dan perlumbaan lain di Bahamas.

Sejak bersara daripada perlumbaan, jentera itu telah menjalani proses restorasi komprehensif yang disahkan sendiri oleh Ferrari iaitu Ferrari Classiche. Jadi, tidak hairanlah jika ia dinobatkan sebagai pemenang di Pebble Beach dan anugerah platinum dalam acara Cavallino Classic.

GALERI

Google ads
Back to top button