Buletin

SAMBUTAN 10 TAHUN MIROS – INSTITUT PENYELIDIKAN YANG MENGUBAH FASILITI PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya datau Malaysia Institue of Road Safety Research (MIROS) ditubuhkan sebagai badan berkanun pada 3 Januari 2007 oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Unit ini ditubuh bagi menjalankan kajian dan penilain bagi bidang-bidang yang melibatkan keselamatan jalanraya.

Apa yang anda tahu tentang MIROS? Mungkin ramai yang akan mengaitkannya dengan ASEAN NCAP, salah satu badan penarafan kereta baru berprestij di rantau ini. Ia ditubuhkan atas dedikasi MIROS untuk melihat aspek keselamatan kenderaan diiktiraf. Ia juga bagi menyelaras dan menyesuaian spesifikasi yang diperlukan bagi rantau ini.

BACA: PROTON TERIMA 3 ANUGERAH NCAP

Bukan itu sahaja, selain ASEAN NCAP, MIROS juga telah membangun dan melaksanakan skim seperti International Road Assesment Program (iRAP) dan Safety Star Grading untuk pengendali bas. Institusi ini juga mendesak pematuhan spesifikasi keselematan yang lebih tinggi berbanding mana-mana keperluan yang ditetapkan oleh negara jiran kita.

Antaranya ialah UNECE R66, UNECE R80, Tingkattaraf rel penghadang jalan daripada spesifikasi TL2 kepada TL6, penggunaan talipinggang keledar untuk penumpang belakang, pemasangan Electronic Stability Control (ESC) dan juga modul pembelajaran bagi Modul Pendidikan Keselamatan Jalanraya di sekolah rendah dan menengah.

Tahun ini, MIROS sudah memasuki usia 10 tahun dan sambutan ulangtahunnya diadakan di Putrajaya yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Dalam majlis yang sama MIROS menghargai kakitangannya dengan penyampaian Anugerah Sedekad Khidmat Setia, Anugerah Pencapaian Cemerlang dan Anugerah Ketua Pengarah.

Turut diumumkan pada majlis tersebut ialah keputusan penarafan gred jalanraya bagi kawasan luar bandar. Ia meliputi 2,370km laluan bagi fasa pertama jalanraya Semenanjung Malaysia. Penilaian keseluruhan mendedahkan bahawa risiko kemalangan bagi jalanraya tersebut ialah 50 peratus ( iaitu penarafan 3 bintang ke atas). Sehingga April 2017 beberapa pembaikan telah dibuat di 65 lokasi di sepanjang lalaun yang dinilai tersebut.

Dalam majlis yang sama, MIROS juga menandatangani perjanjian persefahaman dengan Persatuan Indurans Am Malaysia. ia sebagai langkah perkongsian maklumat hasil dapatan MIROS dalam mengenalpasti tarif yang sesuai bagi setiap pengguna berdasarkan risiko. Inisiatif ini akan menjadikan pengguna lebih peka di jalanraya sekaligus meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia.

 

 

Google ads
Back to top button