Buletin

RUMAH TERBUKA VOLKSWAGEN HUJUNG MINGGU INI – JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan rumah terbuka pada 8 dan 9 Julai 2017 di semua pengedar sah Volkswagen. 

Rumah Terbuka Volkswagen Raya menyediakan pelbagai tawaran dan promosi hebat. Para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dan gajet dengan hanya memandu uji atau menempah mana-mana kenderaan Volkswagen pada hujung minggu tersebut.

Ia juga menjadi peluang terakhir untuk anda merebut tawaran penyelenggaraan percuma selama lima tahun ke atas mana-mana varian Vento atau Passat yang dibeli sebelum 31 Julai. Jangan lupa mendapatkan baucar petrol bernilai RM500 untuk semua kenderaan yang didaftar sebelum hujung bulan ini.

Promosi Volkswagen Raya berakhir pada 31 Julai 2017. Rebat adalah seperti berikut:

Model  Bermula Penjimatan 
Polo RM 25/sehari RM7,000
Vento RM 25/sehari RM11,000
Jetta RM 35/sehari RM10,000
Golf RM 45/sehari RM21,000
Passat Comfortline RM 51/sehari RM15,000
Passat Trendline RM 51/sehari RM15,000
Tiguan Comfortline RM 51/sehari RM5,000

*Nota: Semua kos harian itu berdasarkan kepada pinjaman selama 9 tahun

Tidak lengkap rumah terbuka jika tiada makanan. Jadi, orang ramai boleh menikmati pelbagai hidangan lazat termasuklah durian serta aktiviti menarik buat seisi keluarga.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button