SEAT LEON – ALKISAH 25 TAHUN MODEL LAGENDA DARI SEPANYOL
Pengeluar kenderaan berasal dari Sepanyol, SEAT telah meraikan ulang tahun penghasilan model lagenda buat mereka SEAT Leon pada tahun ini. Semenjak kali pertama dihasilkan pada tahun 1999, ianya telah mendahului dalam segmen kompak selama empat generasi, sentiasa berazam untuk berinovasi dari segi reka bentuk, teknologi, dan model yang juga sporty.
Generasi pertama telah pun dihasilkan melalui kilang pemasangan di Martorell, Barcelona, sebuah Kota yang cukup sinonim dengan sukan bola sepak. Generasi SEAT Leon ini menampilkan rekaan yang lebih sporty tetapi hadir dengan harga yang lebih murah. Ianya dibina berdasarkan platform yang berkongsi dengan model Volkswagen Golf Mk4 dan telah direka oleh Giorgetto Giugiaro.
Generasi kedua SEAT Leon ini hadir pada tahun 2005 dengan reka bentuk yang lebih sporty dan juga berani hasil idea daripada Walter de Silva. Revolusi rekaan SEAT Leon kali ini menampilkan pemengang pintu belakang yang tersorok di belakang cermin belakang, sekali gus memberikan ilusi ini seakan model dua pintu yang sporty dan cukup aerodinamik.
Untuk generasi kedua ini, terdapat beberapa varian berprestasi tinggi dan juga model istimewa yang menggunakan nadi yang lebih berkuasa termasuklah SEAT Leon Copa Edition yang menggunakan enjin 2.0 TFSI dengan kuasa 281 HP dan tork 360 Nm.
Generasi ketiga pula hadir bermula tahun 2012 yang turut berkongsi platform dengan Volkswagen Golf generasi ketujuh. SEAT Leon ini tampil dengan reka bentuk yang lebih kemas dan simple tetapi masih mengekalkan ciri sebuah model hatchback yang elegan.
Buat pertama kalinya juga terdapat penambahan varian tiga pintu dan juga varian estate/wagon untuk memberikan pilihan kepada pengguna. Paling penting, wujudnya varian SEAT Leon Cupra yang menggunakan enjin 2.0 liter turbo dengan padanan kotak gear manual enam kelajuan atau pun DSG enam kelajuan.
Dan penggunaan teknologi yang lebih moden dan canggih serta trenkuasa hibrid dan BEV merupakan penambahbaikan yang telah diberikan terhadap SEAT Leon generasi keempat yang mula berada di pasaran pada tahun 2020.
Sepanjang penghasilan model ini, beberapa anugerah telah berjaya diraih termasuklah Car of the Year 2021 di Sepanyol, Car of the Year dan Family Car of the Year 2021 di Portugal dan juga Import Car of the Year 2021 di Argentina.
Dan tahukah anda bahawa generasi kedua SEAT Leon ini juga pernah memenangi kejuaraan Touring Car Championship (WTCC) pada tahun 2008 dan 2009, menjadikannya sebagai jentera yang dijana dengan enjin diesel berjaya memenangi kejuaraan dunia.
Kini, SEAT Leon ini telah terjual sejumlah 2.5 juta unit di serata dunia menjadikannya sebagai model yang cukup penting dan istimewa buat LEON
BACA : CUPRA LEON SPORTSTOURER BAHARU -RARE JUGA WAGON INI SEBENARNYA
BACA : SEAT RAIH UNTUNG TERTINGGI DALAM SEJARAH 6 DEKAD (AHLI KUMP. VW)