Artikel Pilihan

CUPRA LEON SPORTSTOURER BAHARU -RARE JUGA WAGON INI SEBENARNYA

Payah juga Brader Karrager nak mencari idea untuk intro kereta ini. Iyalah, kereta buatan dari Sepanyol ini sememangnya agak kurang dikenali di tempat kita. Wal hal, jenama ini tidaklah kodi sangat. Jomlah baca perihal model CUPRA Leon Sportstourer ini.

Model ini asalnya merupakan sebuah model wagon yang kelihatan biasa, SEAT Leon Sportstouerer. Tetapi ianya telah diberikan lencana CUPRA, divisyen permotoran berprestasi tinggi milik SEAT sendiri. Jadinya, sudah tentulah model wagon ini tidak lagi biasa biasa walaupun nampak macam biasa biasa.

Benar, paras rupa luaran wagon ini seperti tiada yang istimewa. Tapi sebenarnya masih lagi kelihatan menawan. Sudah tentu rupa hadapannya meminjam daripada model hatchback, Leon. Cumanya gril dan bampar hadapan telah diberikan rekaan baharu supaya tampak lebih garang dan laju, barulah sepadan dengan nama yang diberikan. Untuk tidak menjadi melampau, CUPRA Leon Sportstourer ini hanya menggunakan rim bersaiz 18 inci sahaja (pilihan rim bersaiz 19 inci turut ditawarkan). Dan membezakan lagi model ini sebagai sebuah model berprestasi tinggi dengan Leon biasa, ianya mempunyai perbezaan 1 inci kerendahan bagi memperbaiki pengendalian yang lebih sedap.

Untuk menyedapkan lagi pemanduan, enjin yang berkuasa 2.0-liter TSI lengkap dengan DSG telah dipilih. Barulah betul – betul berdesup perginya nanti. Terima kasih kepada naungan Kumpulan VW. Kuasa kudanya barangkali tiada perbezaan cumanya kuasa tujahannya tidaklah sama seperti model hatchback.

Kabin untuk pemandunya turut kelihatan seperti model sporstourer yang sepatutnya apabila turut menggunakan tempat duduk jenis bucket yang dibalut kulit. Menyerikan lagi ruangan kabin adalah penggunaan infohiburan jenis terapung bersaiz 10 inci. Posisi sebegini biasanya lebih ergonomik walaupun diletakkan secara menegak berbanding posisi tipikal infohiburan yang terletak sedikit ke bawah.

Barangkali mungkin ada yang skeptikal tentang model wagon. Iyalah, nampak macam untuk golongan abah abah sahaja. Tapi sejak akhir akhir ini semakin banyak model wagon yang turut dipakaikan dengan lencana berprestasi tinggi. Tidaklah hanya sekadar sebuah model wagon untuk ke pasar tani sahaja gayanya. Kini model wagon juga sedap untuk dipandu ke Ikea.

BACA : SEAT CULPRA E-RACER 680PS & GUNA MOTOR ELEKTRIK

BACA : SEAT RAIH UNTUNG TERTINGGI DALAM SEJARAH 6 DEKAD

Google ads

B K

Back to top button