SEIKO PERKENAL JAM EDISI TERHAD INSPIRASI DATSUN 240Z, HARGA BERMULA RM4.7K
Seiko menghidupkan semula era keemasan sukan permotoran 1960-an dan 1970-an melalui pelancaran tiga jam Prospex Speedtimer edisi terhad yang diinspirasikan daripada kereta sport lagenda, Datsun 240Z.
Kerjasama ini mengimbau sejarah kedua-dua jenama yang pernah bergandingan dalam dunia rali, termasuk kemenangan terkenal Datsun 240Z bernombor 11 pada East African Safari Rally 1971, lengkap dengan logo Seiko pada badannya.



Koleksi baharu ini menampilkan rekaan yang mengambil warna dan elemen ikonik 240Z:
- SPB517 (Caliber 6R55) – Logo Datsun asal, fungsi pemasa undur, tali kulit berlubang.
- SRQ057 (Caliber 8R48) – Tulisan Datsun gaya skrip dan bezel tachymeter retro.
- SSC957 (Solar V192) – Logo blok Datsun dan ukiran ilustrasi khas 240Z di belakang.
Ketiga-tiganya menggunakan teknologi Seiko terkini, termasuk klac menegak, roda kolum dan mekanisme escapement MEMS bagi memastikan ketepatan tinggi. Model solar pula mampu bertahan sehingga enam bulan selepas dicas penuh.



Semua tali kulit diperoleh daripada pengeluar bertauliah Leather Working Group untuk ketahanan dan keselesaan. Jumlah pengeluaran adalah terhad:
- SPB517 – 2,500 unit
- SRQ057 – 500 unit
- SSC957 – 4,000 unit
Selain koleksi edisi terhad, Seiko turut menambah tiga lagi model Speedtimer baharu dalam siri tetap, termasuk dua model Caliber 6R55 dan satu Caliber 8R48, semuanya membawa estetika vintage 1970-an dengan ketahanan air 20 bar.
Untuk harga Malaysia, SPB513 dan SPB515 ditawarkan pada harga RM4,700, manakala SPB517 diberi tanda harga RM6,000. Koleksi ini kini dijual di butik Seiko dan peruncit terpilih seluruh negara.
- BACA: XPENG HQ, LAGI BESAR DARI KLIA 1. INI TECH COMPANY BRO
- BACA: AUDI E SUV CONCEPT – MODEL YANG DIKHUSUSKAN UNTUK PASARAN CHINA SIAP UNTUK DIPRODUKSIKAN TIDAK LAMA LAGI
- BACA: BYD ATTO 8 2026 DEBUT DI CHINA: ENAM VARIAN, 0–100 KM/J HANYA 3.9 SAAT, HARGA SEKITAR RM143K
- BACA: VINFAST RUGI BESAR LAGI – VINFAST SEMAKIN KE LAUT DALAM PERLUMBAAN EV!








