Buletin

BILA DATSUN 240Z BERJAYA DILELONG PADA HARGA RM3.26 JUTA…

Seorang pembida mengejutkan peminat kereta klasik Jepun apabila membeli sebuah Datsun 240Z atau Nissan Fairlady Z432R pada harga AS$801,000 (RM3.26 juta). 

Lelongan yang dijalankan di Tokyo itu menjadikan jentera tersebut sebagai kereta Jepun paling mahal pernah dijual setakat ini. 

Dikenali sebagai Nissan Fairlady di Jepun dan Datsun 240Z di pasaran-pasaran lain seperti Australia, jualan itu nyata membuakan peminat kereta klasik Jepun mengalir air mata.

Dengan hanya sekitar 30 hingga 50 unit sahaja dihasilkan, ia sememangnya model yang cukup rare.

240Z dijana oleh enjin enam selinder yang sama pada model Nissan GT-R S20 dengan kuasa 158hp dan tork 177Nm. 

Tetapi, apa yang membezakan 240Z dengan model yang lain? Harus tahu bahawa ia dibina untuk tujuan perlumbaan, sebab itulah ada ‘R’ pada namanya itu. 240Z tampil dengan panel badan lebih nipis, bonet gentian kaca, cermin tepi dan belakang akrilik. 

Jentera itu juga dipasang dengan tangki minyak berkapasiti 100 liter, 40 liter lebih banyak berbanding model standard. 

Firma lelongan, BH Auction tidak menyatakan secara jelas sama ada kereta dengan nombor chasis PS30-00289 berada dalam kondisi original atau telah dibaik pulih.

Dengan jarak perjalanan sejauh 98,040km anda boleh lihat kereta ini dijaga dengan cermat oleh pemiliknya. 

Google ads
Back to top button