Buletin

SEMBANG SANTAI BERSAMA RODUWAN RASHID – APA YANG TERJADI SEBENARNYA DI TERENGGANU?

Roduwan Rashid atau pun lebih mesra di sapa Chepot adalah merupakan seorang pemandu rali handalan tempatan yang juga juara bertahan dalam saingan Malaysian Rally Championship. Walau pun Roduwan beliau dilihat sewaktu dilepaskan secara rasmi (flag off) namun secara tiba – tiba beliau hilang bersama dengan Henzee dan Haji Suhaimi. Apa yang terjadi sebenarnya kepada mereka? Di sorok puteri bunian kah? Leka makan keropok lekor sambil hirup udara tepi pantai kah? 

BACA : MRC RALI TERENGGANU 2018 – RACHMAT LAKUKANNYA BUAT KALI KETIGA BERTURUT – TURUT

BACA : RODUWAN RASHID YANG PATUT KITA KENALI

Trut trut.  Trut trut.

BK : Hello Assalamualaikum Chepot. Kau ok ke?

Chepot : Waalaikumussalam BK. Aku ok je. Tengah mengunyah kerepok lekor ni hah.

BK : Aku ni bukannya apa. Nak interview kau sikit. Apa yang terjadi sebenarnya kepada barisan pelumba utama One Motorsports BDRT di Terengganu sebenarnya?

Chepot : Ha! Ha! Ha! Aku dah agak. Mesti ramai yang tertanya apa yang jadi dengan kita orang kan.

BK : Iyalah, masa Flag Off depan Sultan, bukan main kau Chepot.

Chepot : Isk..tu depan Sultan aku kena la cover sikit apa yang aku rasa. Tapi dalam hati, Tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui.

BK : Lain macam je jawapan kau ni Pot. Apa yang jadi sebenarnya?

Chepot : Sebenarnya aku dengan kawan – kawan di protes.

BK : Protes? Protes apa benda pula ni?

Chepot : Ada pihak telah membuat protes bertulis ke Penganjur tentang kesahihan milikan kereta Subaru team aku ni.

BK : Hah? Nak sahih macam mana pula tu? Kan dah penghujung saingan. Takkan la derang tak tau Subaru tu memang One Motorsports punya.

Chepot : Memang la team aku punya. Siapa yang tak kenal dengan livery One Motorsports Biru Oren ni kan. Kalau tak, sia – sia sahajalah aku hantar ke Bandi suruh cat cantik cantik.

BK : Aduh. Kenapa sampai jadi macam tu sekali Chepot?

Chepot : ……………………………………………………………….

(Perbualan berikutnya tidak dapat disiarkan dek kerana mengandungi perkara sensitif. Demi menjaga hati dan perasaan serta mengelak fitnah)

BK : Ok. Ok. Faham. Tapi macam mana dengan point kejuaraan kau?

Chepot : Alhamdulillah. Kalau hendak diikutkan, secara tak rasmi aku masih lagi pertahankan kejuaraan untuk tahun ni. Sebabnya untuk rali kat Terengganu ni, pointer yang pelumba dapat pun cuma separuh disebabkan perlumbaan pun tak habis penuh. Hujan lebat kot. Trek pun dah serupa sungai.

BK : Alhamdulillah Chepot. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Sudah tertulis kejuaraan masih lagi milik kau. Walau pun kau ‘terpaksa’ menarik diri.

Chepot : Wah BK. Orait juga kata – kata kau ni ya. Serupa TV AlHijrah. Apa pun, aku bersyukur. Terima kasih kepada barisan penaja dan orang kuat, En. Khalid dan juga Mummy Khalish yang banyak menyokong aku dan kawan – kawan yang lain.

BK : So, next year macam mana? On ke tak on?

Chepot : Eh! Mestilah on BK. Apa pun, tunggu pengumuman selanjutnya nanti.

BK : Ok. Ok. Kalau kau buat Rally Shakedown jangan lupa undang aku lagi.

Chepot : He! He! He! Insya Allah BK. Terima kasih juga kepada BK dan Mekanika sebab senantiasa menyokong One Motorsports dan juga rali tempatan.

Tags
Google ads
Back to top button