Artikel Pilihan

MRC RALI TERENGGANU 2018 – RACHMAT LAKUKANNYA BUAT KALI KETIGA BERTURUT – TURUT

Pusingan ketiga dan terakhir kalendar Malaysian Rally Championship 2018 tamat semalam dengan pelumba handalan dari Indonesia yang mewakili MRU Motorsport, Rachmat memenangi perlumbaan buat kali ketiga berturut – turut. Menariknya, perlumbaan yang diadakan di trek Terengganu International Endurance Park (TIEP) ini turut mendapat perkenan Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin untuk melepaskan para pelumba.

BACA : MRC RALI TERENGGANU 2018 : SIAPA JUARA?

BACA : MRC RALI PERLIS 2018 – RACHMAT LAKUKANNYA SEKALI LAGI

Debaran dan cabaran sewaktu berlumba di lokasi yang serba baharu buat para pelumba, ditambah dengan cuaca yang hujan membasahi trek bermula sewaktu sesi recce lagi. Ada beberapa kereta standard yang digunakan tersangkut di dalam laluan yang bergenang dan berubah menjadi anak sungai.

Tamat saingan hari pertama, pelumba lagenda, Karamjit Singh tampak selesa dengan mendahului kesemua SS pada Leg 1 dengan kelebihian 1 minit 40 saat di belakang pemandu Rachmat. Mengekori rapat adalah seorang lagi pelumba yang membuat kemunculan kembali, Haji Sutan Musttafa bersama kereta baharu, Subaru Impreza WRX.

Pada hari kedua ternyata keadaan menjadi jauh lebih mencabar apabila beberapa laluan SS bertukar terus menjadi Tasik Kenyir hingga menyaksikan beberapa buah kereta seperti Julian Johan (beliau sempat membuat IG Story) tersangkut terus. Sikit lagi kereta Satria Neo yang dipandu bertukar menjadi hovercraft.

Dan disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan ditambah dengan keadaan trek yang semakin teruk, Leg 2 hanya berlangsung setakat sempat SS sahaja berbanding enam seperti dalam jadual. Saingan hari kedua menyaksikan dua pelumba MRU, Rafiq Udhaya dan Rachmat mengunggulli saingan sambil diikuti rapat oleh Haji Sutan sekali lagi. Tampak konsisten juga beliau dengan kereta baharunya.

Dan di akhir saingan, segalanya serba menjadi buat Rachmat apabila selesa mendahului 1 minit dan 20 saat di hadapan Rafiq Udhaya. Dan ikuti Haji Sutan di tempat ketiga keseluruhan, setelah memandu dengan agak konsisten juga. Manakala Karamjit pula terpaksa berpuas hati di tempat keempat setelah turut mengalami masalah kereta yang tersangkut di dalam lumpur.

Saingan 2WD juga tidak kurang hebatnya, apabila beberapa pemandu berjaya menamatkan saingan dengan jayanya seperti Norazizi (tempat kelima), Abdul Kaatir (tempat keenam) serta Faidzal Alang (tempat ketujuh) berjaya menempatkan diri dalam kelompak 10 pelumba terbaik.

Daripada 30 buah kereta yang memulakan saingan, hanya 23 buah sahaja yang berjaya mengharunginya. Syabas kepada semua pemenang dan juga para peserta. Tapi apa yang sebenarnya terjadi kepada Chepot? Nanti Brader Karrager akan roger beliau untuk mendapatkan ulasan.

Kredit  : Malaysian Rally

 

 

Tags
Google ads
Back to top button