Artikel Pilihan

HAJI SUTAN MUSTAFFA KEMBALI BERAKSI DI RALI TERENGGANU 2018

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Nama Haji Sutan Mustaffa Salihin dalam dunia perlumbaan rali tempatan agak tenggelam musim 2018 ini, sementelah pasukan yang sepatutnya beliau sertai terpaksa dibubarkan atas sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan. (Kau jangan tanya Brader Karrager sebab apa pula. Ada benda yang boleh dicerita, ada benda juga yang kau kena duduk diam – diam tak payah tanya) Dalam dua pusingan rali di Johor dan Perlis, nama Haji Sutan terus tidak kelihatan dan hilang dalam senaria pelumba.

BACA ; JOM KENALI SUTAN MUSTAFFA SALIHIN (SMS)

BACA : FLEETOIL RACING TEAM – FRT DILANCARKAN SECARA RASMI

Namun, dalam suapan berita di media sosial ada kelihatan bibit – bibit percintaan ke atas perlumbaan dunia rali tempatan masih bersisa buat Haji Sutan. Fuh, bukan main lagi ayat Brader Karrager serupa novel hipster. Bermula dengan tayangan pemasangan sangkar keselamatan berwarna hijau beberapa bulan sudah jelas menunjukkan bahawa Haji Sutan bukanlah pergi bertapa di pergunungan mana entah.

Sebaliknya beliau bertapa di sebuah bengkel rahsia yang sememangnya pakar dalam menyediakan kereta lumba rali dan Subaru – Secret Service Garrage (SSG). SSG ini diuruskan oleh Saudara Jasni yang turut mempunyai pengalaman bersama pasukan PWRC Subaru suatu ketika dahulu.

Dan, tahu – tahu saja kelibat Haji Sutan dilihat ketika Rali Terengganu baru – baru ini. Beliau kembali beraksi bersama Subaru Impreza WRX Version 8. Barangkali, itulah juga hikmah tentang kehilangan pemandu yang levelnya dah masuk kategori lagenda pada awal saingan rali sebelum ini. Cadangnya berlumba dengan Proton Satria 1.8, tetapi rezeki memihak kepada Haji Sutan untuk berlumba dengan kereta yang lebih berkuasa pula.

Kereta rali tersebut telah dihabiskan masa sekitar lima bulan untuk dijelmakan sedemikian rupa merangkumi kerja – kerja penyelenggaraan enjin & kotak gear, pemasangan sangkar keselamatan oleh Saidi SRF serta penalaaan sistem gantungan oleh FTuned.

Dan ketika rali di Terengganu, Haji Sutan Mustaffa yang bergandingan dengan Saudara Amiruddin Baharun daripada BG Racing hanyalah mahu sekadar ber-shakedown sahaja, memandangkan tidak berpeluang untuk menguji kemampuan Impreza WRX sebelum ini. Haji Sutan dan Juruarah mengalami sedikit kesulitan apabila kereta mereka menghadapi masalah idling akibat daripada kerosakan Idling Control Valve (ICV). Mujur juga mekanik berjaya mengatasi kerosakan tersebut, cumanya kuasa kereta tidaklah mencapai tahap 100% seperti yang diharapkan.

Sungguh pun demikian, Haji Sutan berjaya mengatasi saingan hari kedua dengan jayanya, apatah lagi beliau semenangnya menggemari cuaca / permukaan sebegini. Dan sudah ditakdirkan rezeki dari Allah S.W.T, podium kemenangan tempat ketiga keseluruhan berjaya diraih.

Sudah tentu pencapaian yang tidak diduga ini mampu mengejutkan saing yang ada dalam MRC, terutamanya yang bertanding dalam kategori 4WD. Tahun hadapan sudah tentu Haji Sutan ini adalah antara pencabar utama. Jaga – jaga Chepot!

Kredit Foto : MalaysianRally & Sutan Mustaffa Salihin

Tags
Google ads
Back to top button
Close