Artikel Pilihan

RALI TEMPATAN BAKAL KEMBALI?

Ini ada satu berita yang sangat ditunggu – tunggu oleh penggiat dunia rali tempatan, jika tiada aral yang melintang, kejohanan rali tanahair bakal kembali berlangsung pada tahun 2021 ini setelah dua tahun menyepi daripada sebarang kejuaraan kompetetif. Perkhabaran yang menggembirakan ini sebenarnya sudah diketahui oleh komuniti rali tempatan semenjak awal bulan Februari yang lalu.

Berita perkhabaran gembira ini disampaikan oleh individu yang dianggap otai dalam dunia rali tempatan, saudara Jamaluddin Tukimin. Rupa – rupanya selama ini Jamaluddin Tukimin atau pun lebih mesra di sapa Wak di kalangan penggiat rali telah pun membuat kerja – kerja secara senyap dengan menghantar Kertas Cadangan atas nama Purnamarally Motorsports Club kepada pihak pihak yang berwajib tanpa sedikit pun berdegar di muka buka.

Berbalik mengenai perkhabaran gembira ini, Wak hanya memaklumkan mengenai perkara ini di media sosial beliau setelah mendapat lampu hijau. Menurut sesi persembangan BK dan Wak, pihak berwajib berasa teruja dengan Kertas Cadangan yang disertakan kerana ianya bukan sahaja mengenai pertandingan rali semata, tapi ianya turut menampilkan SOP pertandingan yang ketat memandangkan Malaysia masih lagi bergelut dalam mengharungi Pandemik Covid-19 ini.

Kalau diikutkan perancangan, pusingan pertama National Rally Championship 2021 ini dijangkakan berlangsung pada awal April nanti dengan Sepang dijadikan sebagai lokasi yang kelihatannya cukup ideal dan sinonim dengan aktiviti sukan permotoran. Namun berdasarkan persembangan terkini BK dengan Wak Jamal, besar kemungkinan pusingan pertama tidak sempat untuk dilangsungkan dek kekangan masa. Jadinya, kena tunggu selepas Hari Raya sahaja, yang mana pusingan kedua dijangkakan pada penghujung bulan Jun nanti dengan Kuantan menjadi lokasi.

Lokasi di Chuping Perlis juga agak sinonim dengan penganjuran sukan rali, maka ianya adalah wajib untuk menjadi pusingan ketiga yang mungkin berlangsung pada Ogos diikuti dengan lokasi Tanah Merah Negeri Sembilan pada Oktober dan kembali semula ke Sepang pada pertengahan November sebagai lokasi penutup bagi musim 2021 nanti.

Kawan – kawan rali BK seperti Chepot, Nizam Lompat, serta Aji Cyco tampaknya sudah tidak sabar untuk kembali membuat aksi sideway setelah dua tahun tiada pertandingan kompetetif dalam dunia rali tempatan. Dia punya ketar lutut entah siapa yang tahu.

Apa pun, BK mengucapkan beribu ribu tahniah kepada Wak kerana berani mengambil tanggungjawab ini, demi cinta dan minatnya kepada dunia rali tempatan. Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai Penganjur. Maka dengan ini, besarlah harapan BK agar ada mana – mana sektor korporat mahupun jenis yang indie untuk bersama – sama dalam memajukan dunia rali tanahair.

Kredit Foto : FB Wak Jamal

BACA : TRI-NATION SPRINT RALLY – ABD KAATHIR MUNCUL JUARA

BACA : THAILAND RALLY CHAMPIONSHIP RD 3 & 4 : LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG DI PETCHABUN

Google ads

B K

Back to top button