SERVIS AMBIL DAN HANTAR PELANGGAN PROTON
Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan perkhidmatan baharu di pusat servis Proton Edar. Tindakan ini seiring dengan meningkatkan pengalaman pemilikan pengguna.
Kini, pemilik Proton tidak perlu menunggu di ruang servis sehingga kenderaan selesai diselenggara. Mereka boleh menggunakan perkhidmatan ambil dan hantar bagi memudahkan urusan.
Perkhidmatan itu hanya tersedia di Pusat Proton Edar terpilih dalam radius 5km daripada pusat servis terlibat.
Ketika ini hanya cawangan Proton Edar di Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Petaling Jaya yang menawarkan servis berkenaan.
Difahamkan, tiga lagi cawangan yang bakal menyertai servis berkenaan ialah Proton Edar Centre Service Excellence, USJ, Proton Edar Puchong dan Sri Damansara.
Melengkapkan pengalaman pemilikan di tahap terbaik, Proton juga menawarkan program Quick Service. Pihak Proton menjanjikan proses penyelenggaraan minor akan diselesaikan di bawah tempoh 80 minit. Sekiranya tempoh servis melebihi had berkenaan, pihak Proton tidak akan mengenakan caj buruh.
Bagaimanapun, kriteria yang perlu dipatuhi antaranya hanya pelanggan yang membuat temu janji layak menerima pampasan itu dan tidak termasuk permintaan servis tambahan seperti pandu uji, servis pendingin hawa dan tayar.
Program ini disediakan di 44 cawangan Proton Eda