
Motosikal
HONDA BAKAL LANCAR GROM DI AUSTRALIA
Honda sekali lagi mengujakan pasaran motosikal di Australia apabila bakal memperkenalkan motosikal yang dikenali sebagai Grom.
Honda Grom nyata menerima maklum balas positif di seluruh dunia dengan rekaannya yang ringan, ringkas dan seronok ditunggang.
Bukan itu sahaja, Grom juga boleh menjadi model terbaik untuk mereka yang gemar melakukan kerja-kerja modifikasi.
Jentera yang dikuasa oleh unit enjin 125cc silinder tunggal itu dijangka berada di pasaran Australia pada pertengahan tahun ini.
Motosikal kompak itu didatangkan dalam warna merah, kuning dan hitam.










